“Hamil anak kelima, dugaan besar tapi 'baby' kuat” - Liza Hanim - Hiburan | mStar

“Hamil anak kelima, dugaan besar tapi 'baby' kuat” - Liza Hanim

Liza berkongsi detik mencemaskan ketika proses awal kehamilan.

PENYANYI Liza Hanim berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini berusia lima bulan.

Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.

"Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.

"Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan," tulisnya di Instagram pada Isnin.

Liza berkongsi pengalaman tersebut di Instagram.

Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.

Liza Hanim bersyukur dengan kurniaan rezeki zuriat

Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

"Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.

"Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti... time being, kerja tetap kerja!," katanya.

Liza Hanim

Artikel Berkaitan

Artikel Lain