SELEPAS melalui kemelut yang panjang, pelakon Puteri Sarah Liyana kini menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof.Puteri Sarah, 40, berkata dia bersama Syamsul berjaya mencapai persefahaman terutama dalam menguruskan dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. "Saya tak mahu ulas lebih lanjut, kita 'move on' sahaja. Masing-masing sudah ada fokus sendiri. Apa yang sudah jadi, biarlah terjadi.Puteri Sarah bahagia besarkan dua anaknya."Hubungan kami tetap baik kerana kami mengamalkan 'co-parenting'. Tiada masalah dalam menguruskan anak. Kita tak nak ada masalah di kemudian hari."Hari Raya tempoh hari, dia turut beraya bersama anak. Pada hari raya kedua saya juga turut meraikan bersama keluarganya," kongsinya kepada mStar.Kata Puteri Sarah lagi, hubungan bersama keluarga mentua juga akan kekal baik selain tumpang gembira apabila melihat bekas suami kembali kepada ibu bapanya."Alhamdulillah, memang gembira melihat mereka kembali berbaik. Itu yang diharapkan semua pihak sejak awal," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan tidak laku!” - Puteri Sarah sibuk ‘live’ berniaga, tak larat nak berlakon sampai tuaARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah sokong wanita nak ‘melawa’ ke mahkamah urus perceraian... “Pakai cermin mata hitam untuk apa?”Ditanya soal jodoh, Puteri Sarah berkata perkara itu bukan lagi menjadi keutamaan dirinya buat ketika ini.Sebaliknya sibuk mengembangkan perniagaan selepas berjaya memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk. "Jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan Allah. Doakan yang terbaik. "Tapi memandangkan perniagaan saya semakin membesar dan sudah mempunyai kilang sendiri, saya mahu fokus untuk mengembangkannya lagi," luahnya.Puteri Sarah fokus berniaga.Tambah Puteri Sarah lagi, dia tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan yang lebih positif."Sekarang saya fokus kepada perubahan. Dah cukup huru-hara sebelum ini, jadi saya rasa kini berada dalam fasa bahagia," jelasnya.Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!