suria

Netizen desak Datuk Red belum ‘move on’, tunggu 25 Jun untuk ceraikan Adira... "Kalau boleh mahu segera"

Datuk Red sedia ceraikan Adira lagi.

TIDAK dapat menahan rasa marah apabila diasak netizen, usahawan Datuk Seri Adnan Abu bertindak melafazkan niat menceraikan penyanyi Adira Suhaimi semasa melakukan siaran langsung di TikTok.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 48, turut meminta penonton yang menyaksikan siaran tersebut merakam video berkenaan sebagai bukti untuk rujukan.

"Saya akan bicara pada 25 Jun 2026. Saya, Adnan bin Abu, jika pada 25 Jun nanti rujuk saya sah, secara automatik saya akan menceraikan Siti Adira binti Suhaimi dengan talak satu. Simpan ini sebagai bukti.

Siaran langsung yang dilakukan Adnana bersama seorang wanita di sisinya.

"Aku kalau boleh nak ceraikan cepat, tapi benda itu tak boleh dilepaskan. Tak fasal-fasal aku kena lafaz cerai depan korang," katanya.

Menerusi siaran langsung tersebut, turut dilihat seorang wanita di sisi Datuk Red yang tidak pasti identitinya.

Sesi berkenaan turut dilakukan bersama bekas isteri pertamanya, iaitu Sharifah Norshafila Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red tak hadap rujuk Adira, sangkal dakwaan minta RM100,000 untuk gugur kes

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adira kesal Datuk Red letak syarat untuk batal kes rujuk, minta bayar RM100,000

Tegas Adnan lagi, tindakannya mendapatkan pengesahan rujuk di mahkamah bukan kerana ingin kembali bersama Adira.

"Jahat ke aku? Aku dekat sini nak sahkan rujuk saja. Kalau rujuk aku sah, aku akan ceraikan dia! Kalau rujuk aku tak sah, tak sahlah.

"Aku bukan nak minta dia rujuk atau hidup dengan aku balik, tidak! Kalau aku cerita bab RM100,000 nanti korang gelak. Nanti semua aib terbuka," ujarnya.

Dalam pada itu, dia sedar akan kelemahan diri termasuk kegagalannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebelum ini.

Busuk-busuk aku pun ada maruah.

DATUK RED

USAHAWAN

"Nak kata apa lagi? Kata tak 'move on', gila talak? Poyo. Tak pernah aku buat macam ini, nak ceraikan orang secara siaran langsung. Busuk-busuk aku pun ada maruah.

"Aku tahu aku gagal, aku tak bagi nafkah dan sebagainya. Aku tahu aku salah," tegasnya.

Pada Khamis lalu, Adira meluahkan rasa terkilan dengan tindakan bekas suaminya yang didakwa meletakkan syarat bagi menyelesaikan kemelut kes rujuk membabitkan mereka.

Adira, 35, mendedahkan usahawan tersebut meminta bayaran sebanyak RM100,000 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes rujuk yang sedang berlangsung di mahkamah.

Selain itu, dia mendakwa bekas suaminya mahu saman sivil berkaitan tuntutan hutang digugurkan.

Adira dan Adnan bercerai pada 24 April 2024.

Bagaimanapun, Adnan menyangkal kenyataan Adira yang mendakwa dia meletakkan syarat tersebut, selain menegaskan tidak pernah membuat sebarang tawaran termasuk meminta membatalkan kes saman sivil membabitkan hutangnya.

Adnan menfailkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember lalu.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain