suria

[V] Datuk Red tak hadap rujuk Adira, sangkal dakwaan minta RM100,000 untuk gugur kes

USAHAWAN Datuk Red tampil menyangkal kenyataan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang mendakwa dia meletakkan syarat bayaran sebanyak RM100,000 bagi menggugurkan kes pengesahan rujuk di mahkamah.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 48, menegaskan dia tidak pernah membuat sebarang tawaran tersebut, termasuklah meminta Adira membatalkan kes saman sivil membabitkan hutangnya.

Jelas Datuk Red, tujuannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk tersebut hanyalah untuk mendapatkan kepastian daripada sudut hukum syarak mengenai status hubungan mereka.

Datuk Red sangkal dakwaan Adira mengenai syarat gugur kes pengesahan rujuk.

"Tak... kita tak buat tawaran secara rasmi. Benda ini bukannya nak berjual beli. Sebagai seorang lelaki dan seorang suami, andai kata rujuk ni tak sah, tak apa.

"Jangan takut, sabar peminat Adira, kawan-kawan dia atau sesiapa, kalau rujuk ini sah, tak ada masalah. Saya sendiri yang pergi mohon nanti untuk berpisah. Jangan risau. Benda ini (dakwaan) tak ada. Saya hanya mahu kes ini dipermudahkan sahaja," katanya kepada mStar. 

Datuk Red berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes rujuk di antara mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula rapat dengan usahawan wanita, Datuk Red dapat sinar baharu... “Tapi tak boleh terus kahwin”

ARTIKEL BERKAITAN: Nombor telefon disekat, Datuk Red tak mahu berurusan dengan bibik... “Saya nak berhubung terus dengan Adira”

Dalam pada itu, Datuk Red mengakui tidak berhasrat untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri bersama penyanyi tersebut. 

Ini kerana usahawan tersebut beranggapan hubungan mereka sudah memasuki fasa tidak sihat.

"Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga dia akan jadi toksik. Dia (Adira) toksik, selalu orang ingatkan saya ini sebagai tak 'move on' lah, gila talak.

Saya pun tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Kalau teruskan juga dia akan jadi toksik.

DATUK RED

"Ini bukannya bermaksud saya hadap sangat nak kahwin dengan dia, tidak. Saya nak pengesahan saja. Kalau ikutkan, nak buat di luar mahkamah, tapi peguam saya tak bagi fasal takut nanti boleh sampai kena penjara," ujarnya. 

Mengulas mengenai prosiding rujuk yang difailkannya, Datuk Red meluahkan rasa kesal apabila ia menjadi rumit disebabkan beberapa faktor.

"Saya pun minta benda ini selesai cepatlah. Kalau ikutkan ia boleh selesai cepat. Tapi perbicaraan Adira pun tak hadir, lepas itu pertukaran hakim, ia jadi lambat.

Adira nafi ada rujuk dengan Datuk Red.

Datuk Red dah move on selepas cerai Adira.

"Kita hanya nak mengesahkan rujuk saja... bukannya bicara ambil kuasa hak anak ke apa, bukan. Ini hanya pengesahan rujuk saja," tambahnya. 

Sebelum ini, Datuk Red dan Adira didakwa sudah kembali rujuk ketika mereka masih dalam tempoh idah selepas usahawan itu menfailkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember lalu. 

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan tercerai pada 24 April lalu. 

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain