suria

Nombor telefon disekat, Datuk Red tak mahu berurusan dengan bibik... “Saya nak berhubung terus dengan Adira”

Datuk Red mahu berhubung secara terus dengan Adira tanpa melalui orang tengah.

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan bekas isterinya yang juga penyanyi Adira Suhaimi khususnya berkaitan urusan anak-anak mereka.

Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata, dia terpaksa menggunakan orang tengah selepas mendakwa nombor telefonnya disekat oleh Adira susulan kemelut yang berlaku. 

Menurutnya, ketika ini komunikasi hanya dapat dilakukan menerusi adik-beradik atau pembantu rumah penyanyi itu.

“Kalau boleh saya nak berhubung terus dengan Adira sebab dia ibu kepada anak-anak kami.

“Saya tak mahu bercakap melalui orang tengah seperti bibik. Itu sahaja permintaan saya.

Datuk Red dakwa berdepan kesukaran untuk berkomunikasi dengan Adira berkaitan anak-anak. 

“Jangan risau, saya tak ada niat lain, cuma nak bincang soal anak sahaja,” katanya kepada mStar.

Adnan berkongsi perkara tersebut selepas prosiding lafaz rujuk yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Selasa.

Dalam pada itu, Adnan enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk disebabkan Adira dipercayai sudah mempunyai teman lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa rujuk sebulan selepas cerai, Adira tegaskan tak pernah berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan terjerat dosa, Datuk Red tak mahu status sebenar dengan Adira kabur… “Ini bukan soal belum move on atau gila talak” 

“Dia ada kekasih ke? Saya pun tak tahu. Saya tak tahu apa-apa sebab sebelum ini netizen tuduh saya pula yang ada kekasih. Tak ada pun,” luahnya.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 16 Februari depan sebagai tarikh perbicaraan pertama bagi permohonan pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan.

Peguam Adnan, Nor Haiza Marina Mat Ramli memaklumkan perbicaraan itu akan dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri plaintif serta defendan.

Adira bahagia membesarkan empat anaknya walaupun bergelar janda. 

Pada Disember lalu, Adnan menerusi peguamnya telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira, namun penyanyi itu mengakui terkejut kerana tidak mengetahui tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain