PELAKON dan pengacara, Raja Azura bakal menuntut nafkah bagi tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman yang dianggarkan hampir RM1 juta selepas didakwa gagal menunaikan tanggungjawab itu sejak 15 tahun lalu.Peguam Syarie yang mewakili Raja Azura, Mohammad Amirul Hanizan berkata, nilai tunggakan tersebut bagaimanapun masih belum diputuskan kerana perlu meniliti dokumen yang diberikan anak guamnya secara teliti. "Ketika hakim bertanya berapa jumlah anggaran kasar tunggakan nafkah anak dan nafkah idah yang tidak dibuat oleh bekas suami Raja Azura, saya maklumkan sekitar RM600,000. "Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk yuran persekolahan dan keperluan hari raya. Bayaran nafkah bagi setiap anak juga berbeza-beza. Raja Azura diwakili peguam syarie, Mohammad Amirul (kanan). "Jika dihitung secara kasar jumlah tuntutan boleh mencecah RM1 juta, tapi saya perlu membuat pengiraan semula berkenaan jumlah tersebut," katanya ketika dihubungi mStar. Semalam Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam meluluskan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah yang difailkan Raja Azura terhadap Adzmin.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Tuan Salehan Yatim, selepas berpuas hati dengan penjelasan serta keterangan yang dikemukakan Raja Azura sepanjang prosiding berlangsung.Mohammad Amirul menjelaskan permohonan berkenaan membabitkan pelaksanaan perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 2010 berkaitan nafkah anak dan nafkah idah yang didakwa masih gagal dilaksanakan oleh Adzmin sehingga kini.ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun bercerai, Raja Azura tuntut nafkah anak… “Saya tak mahu bergaduh dengan bekas suami”ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Raja Azura masih ghaib, dah iklan di akhbar pun ‘tak jalan’… Sebutan semula 19 Januari tahun depanDalam masa sama, Mohammad Amirul turut menjelaskan mengenai keputusan Raja Azura yang baru membuat permohonan itu walaupun sudah lama berpisah. "Saya ada bertanya perkara ini kepada anak guam dan dia menjelaskan waktu itu anak-anak masih kecil dan sedang membesar. Jadi Raja Azura enggan mengganggu emosi mereka dengan kes mahkamah. "Lagipun ketika itu dia masih kuat dan boleh menguruskan anak walaupun terpaksa menempuh pelbagai ujian. "Selain itu, Raja Azura juga mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak serta beberapa hal lain yang tidak dapat dikongsikan sekarang, "katanya. Raja Azura nekad meneruskan permohonan untuk menuntut nafkah anak yang tertunggak daripada bekas suaminya. Pada 10 September lalu, Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya terhadap Adzmin, yang didakwa culas melaksanakan tanggungjawab nafkah mengikut perintah mahkamah sejak perceraian mereka 15 tahun lalu.Raja Azura dan Adzmin yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff itu mendirikan rumah tangga pada 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 24; Megat Luqman Hakim Adzmin, 23; dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 21.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!