ISU dakwaan buli yang menimpa anak kepada pelakon Ako Mustapha iaitu Mikael Iskandar Mustapha nampaknya mendapat perhatian serius daripada kementerian.Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 55, memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan mengadakan satu pertemuan khas dijadualkan berlangsung pada Khamis. Menurut Ako, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan kementerian untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian yang didakwa melibatkan lima orang pelajar sekolah itu.Aqo berkongsi perkara itu ketika ditemui media."Kita tunggu polis untuk buat siasatan secara menyeluruh sebab kena buat betul-betul. Kena ada mesyuarat dengan semua pihak yang relevan."Benda ini dah jadi besar sampai Menteri Pendidikan pun nak datang untuk duduk sekali dalam mesyuarat kami.“Mesyuarat yang akan datang ini melibatkan semua pihak, saya, ibu bapa mereka, pihak sekolah, polis, dan saya tak pasti kalau menteri pun akan duduk sekali," katanya kepada mStar.Ako berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali yang diadakan di Saloma, Kuala Lumpur pada Rabu.ARTIKEL BERKAITAN: Ako Mustapha dakwa anak jadi mangsa buli di sekolah, kesan tapak kasut dan tumbukanARTIKEL BERKAITAN: Ako Mustapha hanya dengar cakap doktor pakar, isteri pula ‘pengawas’ pantau pemakananBerkongsi lanjut mengenai keadaan terkini Mikael, Ako meluahkan rasa syukur apabila melihat anaknya itu mula menunjukkan perkembangan positif sepanjang menerima rawatan di hospital.Bagaimanapun, pelakon itu mendedahkan terdapat beberapa penemuan baharu hasil pemeriksaan pakar yang mendapati anaknya bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal, malah kesan emosi yang mendalam.“Alhamdulillah dia okay. Dekat hospital pun dia dah buat kawan baru, dah main-main."Tetapi pakar psikologi kanak-kanak, datang periksa dia betul-betul 100 peratus, nampak ada lebam lain yang pada mulanya kami tak perasan. Dan dia sedang mengalami sedikit fobia dan trauma psikologi," jelasnya.Dalam pada itu, Ako mengharapkan agar isu melibatkan gejala buli ini dapat dibendung sejak dari awal lagi.Aqo dedahkan anaknya pernah menajdi mangsa buli. Tegasnya, persekitaran sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat bagi kanak-kanak untuk menimba ilmu serta membina memori yang indah tanpa rasa takut.Sebelum ini, Aqo menerusi hantaran dimuat naik di Threads memaklumkan kejadian itu membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.Menurut Ako, kejadian yang menimpa Mikael atau mesra disapa Mika hanya disedari selepas anaknya itu pulang dari sekolah dan selesai mandi.Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan anak Ako yang didakwa menjadi mangsa buli di sekolahnya di Wangsa Maju.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman dilapor berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!