suria

[V] Betul-betul next level, ini 10 gelagat selebriti popular meriahkan rumah terbuka mStar

SABAN tahun rumah terbuka mStar sentiasa meriah dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air.

Begitu juga pada tahun ini, Rumah Terbuka Next Level anjuran mStar bersama Suria dan Kuali berlangsung penuh ceria dan havoc di Saloma, Kuala Lumpur pada Rabu.

Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri telah melabuhkan tirainya, kehangatan lebaran masih terasa melalui busana tradisional digayakan tetamu yang hadir.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ulang Tahun mStar-Suria 2018' kecoh! Muaz Zabir menjerit naik Pirate Ship, Bella Astillah lincah berlari sepanjang ‘explorace’… Lebih 20 selebriti raikan 200 pemenang

ARTIKEL BERKAITAN: mStar dan Suria bergabung raikan ulang tahun di Sunway Lagoon… 200 peminat dijemput percuma!

Seawal pukul 4 petang, lokasi acara mula dipenuhi dengan selebriti, personaliti media sosial dan penggiat industri yang tidak mahu melepaskan peluang meraikan rumah terbuka ini.

mStar kongsikan 10 momen menarik sepanjang acara Rumah Terbuka Next Level mStar ini:

1. Aisha Retno bijak 'cover' masalah teknikal

Aisha (dua dari kiri) berjaya memukau penonton dengan lagu Jodoh Lebaran.

Biarpun berdepan gangguan teknikal ketika menyanyikan lagu Ketipak Ketipung, Aisha tetap tenang mengawal situasi. 

Meskipun muzik terhenti di tengah persembahan, dia meneruskan nyanyian secara spontan sambil mengajak tetamu menyanyi bersama, sekali gus menghidupkan suasana sampaikan tetamu tak sedar rupanya ada masalah teknikal. 

2. Chef Wan dan rakan artis ‘sporting’ menari Jodoh Lebaran

Chef Wan (kanan) tidak ketinggalan menari bersama Aisha.

Aisha sekali lagi mencuri perhatian apabila secara spontan mengajak Datuk Chef Wan, Ara Johari, Didie Alias dan Wany Hasrita naik ke pentas. 

Mereka bersama-sama menari mengikut rentak lagu Jodoh Lebaran sehingga mencetuskan sorakan gemuruh daripada tetamu yang turut menyanyi bersama.

3. Anak Fasha Sandha pandai menari

Ketika lagu Jodoh Lebaran dipersembahkan, anak kepada Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira, tidak ketinggalan menari dengan penuh yakin.

Fasha jelas teruja melihat keberanian anaknya dan sempat merakam momen tersebut sebagai kenangan.

4. Zarina Zainuddin belanja pulut kuning

Zarina bawa pulut kuning buatan tangannya khas untuk mStar.

Menjelang permulaan acara, pelakon Zarina Zainuddin berkongsi rezeki dengan menyediakan pulut kuning bersama rendang daging kepada tetamu.

Menurutnya, hidangan itu merupakan buah tangan selain memperkenalkan produk jualannya yang mendapat sambutan hangat.

5. Abiejam tempah baju raya ‘last minute’

Abiejam sanggup menempah baju di saat akhir sebelum menghadiri Rumah Terbuka Next Level.

Abang kepada pempengaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam, sanggup menempah busana raya baharu pada saat akhir demi tampil bergaya.

Busana rekaan pereka dikenali sebagai Syed itu disiapkan dalam tempoh kurang 24 jam, dengan sentuhan berbulu rona kelabu yang menyerlahkan penampilannya.

6. Penyampai Suria FM persembahkan lagu Gurindam Aidilfitri secara langsung.

Barisan penyampai Suria FM yang turut membuat persembahan.

Buat pertama kali, penyampai Suria FM iaitu Ajak, Fad, DJ Lin, Chiwan, Elly Ariffin, Feeya Iskandar, Kai Hassan dan Irsyad tampil mendendangkan lagu raya Gurindam Aidilfitri. 

Persembahan mereka menambahkan lagi kemeriahan acara, apatah lagi lagu tersebut sudah mencecah hampir tiga juta tontonan di YouTube.

7. Ibu Shila Amzah hadir bersama pasangan 

Dari kanan Fauziah dan suaminya, bersama rakan-rakan artis seperti Zureda, Anne Abdullah, Naziah Mustafa, dan Marissa.

Ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman dilihat hadir bersama suami, Brigedier Jeneral Zainal Abidin Muhammad Salleh. 

Pasangan ini tampil sedondon dalam rona maroon dan coklat, jelas memancarkan aura elegan dan romantis sepanjang majlis.

8. Kak KM berfesyen bak pentas peragaan

Busana yang digayakan Kak KM (tengah) paling memukau.

Kehadiran usahawan sensasi Kak KM sekali lagi mencuri perhatian.

Kali ini, Kak KM tampil dengan gaun lace labuh rona biru lengkap dengan perincian kain yang meleret, seolah-olah berada di pentas peragaan fesyen.

Setiap langkahnya tampak anggun dan memukau, menjadikan penampilannya antara yang paling menonjol malam itu.

9. Artis ‘sporting’ hiburkan tetamu

Nuha turun dari pentas untuk menyapa tetamu yang hadir.

Tetamu Rumah Terbuka Next Level tidak pernah mengecewakan apabila ramai dalam kalangan artis tampil menghiburkan hadirin.

Antara yang membuat persembahan termasuk Nuha, Intan Maya, Datuk Ifa Raziah, Roslan Shah dan Ameng Spring.

10. Penutup meriah dengan Gedik Raya

Lagu Gedik Raya nyanyian Ifa Raziah meriahkan lagi suasana penutup.

Sekitar pukul 9 malam, acara penutup diserikan dengan persembahan Datuk Ifa Raziah menerusi lagu Gedik Raya. 

Suasana menjadi lebih gamat apabila Datuk Seri Vida muncul di saat akhir dan turut sama berhibur, menutup tirai acara dengan penuh keceriaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain