suria

Puteri Sarah sokong wanita nak ‘melawa’ ke mahkamah urus perceraian... “Pakai cermin mata hitam untuk apa?”

Puteri Sarah tetap menjaga penampilan walaupun menguruskan urusan penceraian.

PELAKON Puteri Sarah Liyana menyokong tindakan seorang pengguna di Threads yang dipercayai mencari jurusolek untuk ke mahkamah bagi urusan perceraian bersama suami. 

Kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, ketika melalui proses perceraian dengan Syamsul Yusof sebelum ini, dia memilih untuk tampil berwarna-warni dan tidak terikat dengan pemakaian warna hitam semata-mata. 

"Suka, masa saya dulu rasa tak mahu pakai baju warna hitam, pakai cermin mata hitam untuk apa?

Perkongsian Puteri Sarah yang menjadi perhatian di Threads.

Perkongsian Puteri Sarah yang menjadi perhatian di Threads.

"Setiap hari saya pakai baju warna putih, merah jambu, kuning dan mekap ringan," katanya. 

Terdahulu, seorang pengguna Threads mencuri perhatian ramai apabila meminta cadangan jurusolek serta gaya pakaian yang sesuai untuk hadir ke mahkamah bagi urusan perceraian.

"Tolong cadangkan MUA (jurusolek) yang boleh mekapkan saya nak pergi mahkamah. Takkan nak nikah saja lawa, bercerai pun kena lawa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah dan Syamsul kini kawan baik, pentingkan kebahagiaan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak galak anak-anak jadi artis, lebih utamakan pendidikan... "Saya mahu Sumayyah bergelar doktor, Syaikhul minat bidang kejuruteraan"

"Cadangkan juga pakaian macam mana nak pakai nanti," tulisnya. 

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain