PENYANYI Liza Hanim tidak menolak untuk kembali aktif berlakon selagi watak yang diberikan mampu memberi impak dan berbeza. Liza atau Haliza Hanim Abdul Halim, 47, berkata dia sudah lebih sedekad tidak terlibat dalam dunia lakonan walaupun masih menerima beberapa tawaran sepanjang tempoh itu. Kata Liza, sekiranya dia diberi rezeki untuk membuat kemunculan semula, dia ingin memastikan watak diambil benar-benar berbeza daripada karakter yang pernah dilakonkan. Liza sudah lama meninggalkan dunia lakonan."Dah lama saya tak berlakon, mungkin sudah berbelas tahun. Sepanjang tak berlakon saya sebenarnya ada saja tawaran yang datang. "Cuma saya rasa macam dah jadi klise bila dah sampai umur seperti ini wataknya sudah tentu jadi mak orang, jadi datin-datin. Jangan bagi saya watak mak-mak yang klise, kalau mak tiri saya okay."Kita bukan pelakon jadi kalau saya mahu membuat kemunculan dalam bidang lakonan, saya mahukan projek yang betul-betul memerlukan saya menjadi seorang 'pelakon'," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: “Allah masih kurniakan saya suara” - Liza Hanim ‘sekolahkan’ netizen, tak terfikir berhenti menyanyiARTIKEL BERKAITAN: Anak dianggap tak menyerlah lepas TTMM, Liza Hanim kecewa Marsya jadi sasaran kecaman netizenDitanya sama ada merindui dunia lakonan, Liza menjelaskan ia bukan keutamaannya buat masa ini.Tambahnya, fokus utamanya kini adalah keluarga kerana masih mempunyai anak kecil."Sejujurnya tidak (ketawa). Kalau tak ada pun tak apa tetapi tiba-tiba kalau saya dapat watak yang menarik, saya tidak akan menolak. "Sehingga sekarang belum ada lagi watak yang saya inginkan. Kalau ada memang saya akan pertimbangkan, sekurang-kurangnya ia berbaloi untuk masa saya Liza (paling depan) mahu memberi keutamaan kepada keluarga."Saya ini masih mempunyai anak kecil jadi keutamaan saya pada anak-anak dan keluarga. Berlakon akan mengambil masa yang sangat lama, jadi kalau betul-betul nak berlakon saya akan pastikan watak itu lain daripada yang lain," ujarnya. Untuk info, Liza memulakan kerjaya lakonan pada 2002 menerusi filem KL Menjerit arahan Bade Azmi. Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Laila Isabella (2003) dan Diva Popular (2006).Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube