PENYANYI Datin Alyah mengaku perlu sentiasa tampil dengan lagu-lagu baharu agar namanya kekal relevan dalam industri seni.Namun, tidak dinafikan timbul kegusaran dalam dirinya untuk mencari karya yang dapat memikat telinga pendengar, terutama golongan muda. Menurut Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 45, setiap lagu baharu yang dikeluarkan merupakan satu tanda perjuangan seorang anak seni terhadap muzik.Alyah pasang strategi agar nama terus dikenali. "Sebagai penyanyi, selagi kita nak duduk dalam industri seni, kena ada sesuatu untuk menyambung jangka hayat."Sekarang ini kita lihat ramai artis baharu dan mereka dikenali apabila muncul di televisyen. Jadi saya kena cari sesuatu yang membuatkan orang kenal saya. Salah satunya adalah dengan lagu."Orang tahu lagu lama saya seperti Kisah Hati, tetapi tak kenal siapa penyanyinya. Saya kena cari lagu yang mampu menyentuh jiwa generasi sekarang dan peminat setia," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Alyah bukan ambil anak angkat dari rumah kebajikan, jelaskan hubungan Izzara dengan suami ARTIKEL BERKAITAN: Alyah jadi pencetus idea, The Fabulous Cat hidup semula selepas 10 tahun menyepiMeskipun pernah merakam beberapa lagu sejak dua tahun kebelakangan ini, Alyah terpaksa akur karya terbabit kurang mendapat sambutan dalam kalangan pendengar.Biarpun begitu, ia bukan alasan untuk berputus asa atau berhenti menghiburkan peminat."Putus asa menyanyi itu tidak kerana ini adalah 'perniagaan' saya.Alyah sentias berusaha mencari idea bagi lagu baharu. "Dalam perniagaan ini, kalau lagu asyik kurang mendapat sambutan, pasti akan memberi kesan. Jadi saya kena cari punca itu," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Alyah kini dalam perancangan untuk mencari penyanyi untuk berkolaborasi dalam lagu baharu."Saya ada lagu baharu dan merancang untuk berkolaborasi dengan Zynakal. Tetapi dia sibuk selepas muncul dengan lagu sendiri. Jadi saya masih mencari penyanyi yang sesuai," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube