suria

Ikmal Amry umum isteri hamil lima bulan, bakal sambut anak ketiga

Keluarga Ikmal (dua dari kiri) semakin meriah dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

PELAKON Ikmal Amry berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Najla Samshul kini sedang hamil anak ketiga. 

Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 32, berkata usia kandungan isterinya sudah mencecah lima bulan dan dijangka bersalin pada Julai depan. 

"Alhamdulillah, isteri saya sedang hamil dan dah nak masuk lima bulan. 

Ikmal dan Najla (kanan) teruja bakal menyambut kelahiran anak ketiga.

Ikmal dan Najla (kanan) teruja bakal menyambut kelahiran anak ketiga.

"Insya-Allah kami bakal menyambut kelahiran anak ketiga pada Julai nanti," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Ikmal dan isteri memberitahu mereka sebenarnya  merancang untuk menambah cahaya mata selepas anak kedua berusia tiga tahun.

Kata Ikmal, biarpun pada awalnya merancang untuk memiliki tiga orang anak, namun tetap terbuka sekiranya dikurniakan rezeki tambahan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada apa hendak disorok, Ikmal Amry izin isteri ‘check’ telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa maksud baik dalam Islam, Ikmal Amry pilih nama Gibran untuk anak kedua

"Kalau ikutkan kami memang merancang untuk jarakkan dapat anak semula dalam tempoh tiga tahun. 

"Alhamdulillah Gibran (anak kedua) pun dah berusia tiga tahun. Cukuplah tiga orang anak, sedang elok orang kata. 

"Tapi kalau ada rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya saya tidak menolak," ujarnya. 

Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 5, dan Gibran yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain