suria

[V] Tiada apa hendak disorok, Ikmal Amry izin isteri ‘check’ telefon

JIKA sesetengah pasangan memilih meletakkan batasan terhadap akses barangan peribadi seperti dompet dan telefon, berlainan pula dengan pelakon Ikmal Amry.

Tiada benda hendak disorokkan kepada isteri, Ikmal langsung tak kisah jika isterinya iaitu Najla Samshul ingin memeriksa telefon miliknya.

Kata Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, ketelusan dan kepercayaan penting bagi mengelakkan timbul salah faham dalam rumah tangga yang dibina. 

Ikmal mahu isteri meletakkan kepercayaan terhadap dirinya.

Ikmal mahu isteri meletakkan kepercayaan terhadap dirinya.

“Kalau nak tengok telefon, baca WhatsApp beri sahaja. Jangan bagi mereka ruang fikir bukan-bukan.

“Bila tidak ada perkara hendak disorokkan, isteri akan meletakkan kepercayaan dan rumah tangga akan jadi harmoni.

“Masa bercinta pun kalau dia nak tengok telefon saya bagi. Saya tak ada buat apa-apa kesalahan, kalau takut mesti ada buat salah,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit otot bukan alasan, Ikmal Amry redah bertanding tanpa banyak latihan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ikmal Amry tak ‘judge’ selebriti lelaki tayang badan di media sosial... “Biasalah budak-budak bila ada body” 

Dalam pada itu, Ikmal tidak menafikan Najla pernah berasa curiga terhadapnya sewaktu di awal perkahwinan mereka.

Menurut Ikmal, sebagai pelakon dia banyak menerima mesej peribadi (DM) di Instagram dan disebabkan itu juga dia membenarkan isteri menyemak setiap perbualan di media sosial.

“Mestilah isteri saya pernah rasa was-was juga. Dia kahwin dengan seorang pelakon, jadi sikap cemburu itu mesti ada.

Kalau nak tengok telefon, baca WhatsApp beri sahaja. Jangan bagi mereka ruang fikir bukan-bukan.

IKMAL AMRY

PELAKON

“Sebagai pelakon saya berinteraksi dengan ramai orang, biar dia (isteri) tahu realiti sebenar. Memang ada orang DM kacau saya, tapi biar dia tahu,” ujarnya. 

Untuk rekod, Ikmal mendirikan rumah tangga dengan Najla pada 19 Disember 2020. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Cailie, 4, dan Gibran yang kini berusia dua tahun. 

Ikmal dan Najla sudah lima tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

Ikmal dan Najla sudah lima tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

Dalam perkembangan lain, Ikmal bakal muncul menerusi filem Gantung: Musketeer Code yang diadaptasi daripada novel Fixi berjudul Gantung karya Nadia Khan.

Selain Ikmal, filem tersebut turut menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Hafreez Adam, Brandon Salim, Shazia Rozaini dan Taufiq Hanafi.

Filem Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain