PENERBIT dan pengarah, Erma Fatima tampil menjawab kontroversi berhubung skrip drama Walid lakonan pelakon Aqasha yang didakwa boleh menjurus kepada perbuatan murtad.Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen. Tegas Erma, skrip yang ditulis tidak menunjukkan kepercayaan peribadi terhadap lafaz yang digunakan dalam drama itu.Drama Walid sekali lagi mengundang kontroversi di media sosial."Di mana murtadnya? Sama ada skrip mahupun pelakon yang melafazkan kata-kata itu? Netizen rasa kami ini bodoh sangat ke?"Adakah kata-kata itu kami maksudkannya dan percaya dengan lafaz itu? Apa yang penting skrip itu ditulis bukan kerana saya percaya lafaz itu. Bukan menyamakan manusia dengan Allah. "Saya tidak iktikad (kepercayaan atau keyakinan dalam hati berkait rukun iman) dengan ayat tersebut begitu juga pelakon yang melafazkannya. Hanya sekadar memberitahu bahawa orang seperti inilah yang mudah memperdayakan manusia kerana di luar sana banyak yang menggunakan ilmu seperti ini," katanya Ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Walid, sekarang Habib pula… Babak minum air basuhan kaki Aqasha undang kontroversiARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima nafi drama Jangan Panggil Aku Gus ada kaitan dengan Da'i SyedDalam pada itu, Erma turut menepis tanggapan bahawa Aqasha tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang agama. Kata Erma, netizen sepatutnya lebih mengambil tahu tentang kesesatan dan penipuan yang berlaku di luar sana sebelum membuat sebarang andaian."Aqasha tak bodoh. Dia juga kenal Tuhan. Kami orang seni ini bila berlakon pun orang tak dapat nak bezakan antara lakonan dan realiti. Netizen rasa kami ini bodoh sangat ke? ERMA FATIMAPENERBIT & PENGARAH"Aqasha tidak melafazkan kata-kata yang dia tidak percaya kepada Tuhan. Dalam bahasa yang dalam mungkin sukar untuk difahami kata-kata tersebut."Netizen yang bercakap sakan itu mesti tak tahu kerana tak ambil tahu kesesatan yang berleluasa di luar sana," ujarnya. Sementara itu, Erma turut menekankan prinsip berhati-hati sebelum menulis skrip, terutamanya dalam isu sensitif berkaitan agama. "Sebelum menulis (skrip) saya akan merujuk pada orang yang mahir sekiranya saya tidak tahu dalam bidang tersebut. Bukan sahaja soal agama," jawabnya ringkas. Erma menegaskan setiap pelakon drama Walid tahu tentang agama.Sebelum ini, kecoh di aplikasi Threads apabila netizen mempersoalkan tindakan Aqasha melontarkan dialog 'Aku adalah Allah dan Allah adalah aku'. Dakwa netizen, Aqasha telah melafazkan kalam kufur yang menyebabkan dia jatuh murtad. Untuk info, Walid kini boleh distrim di Viu Malaysia setiap Khamis dan Jumaat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube