REMAN suspek kes pembunuhan pelajar perempuan, Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan mati dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh, Kelantan disambung tujuh hari lagi bermula Jumaat.Perintah sambung reman sehingga Khamis depan terhadap kedua-dua suspek berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid. Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan empat suspek kes gadis ditikam 61 kali, wanita warga emas antara diberkasKedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada pagi Jumaat dengan menaiki kenderaan polis.Dalam kejadian pada 12.30 tengah malam Jumaat, mayat Nurfisya ditemukan dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di lokasi terbabit.Susulan kejadian itu, polis menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada seorang suspek.Bagaimanapun kedua-dua warga emas terbabit dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad lalu.