suria

“Apa benda ini weh, bapa aku hidup lagi” - Isyariana

Isyariana kesal ada yang mengucapkan salam takziah kepadanya.

GARA-GARA tidak pernah memuat naik gambar bersama, pelakon Isyariana Che Azmi menerima beberapa ucapan salam takziah daripada netizen yang menyangka bapanya sudah meninggal dunia.

Kecewa dengan situasi tersebut, Isyariana, 36, mengakui berasa sedih apabila menerima komen yang disifatkan tidak sensitif.

"Weh apa benda ini. Aku tidak pernah post gambar ayah kandung aku, tapi bila muat naik sahaja, orang salah faham. 

Isyariana sudah lama tidak berjumpa dengan bapanya. 

"Ada yang cakap 'semoga arwah tenang'. Apa benda ini weh? Sedih tau. Bapa aku hidup lagi, doakan dia sihat sahaja," katanya dalam satu hantaran di aplikasi Threads miliknya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Isyariana turut menegur sikap netizen yang gemar meninggalkan komen tanpa memahami konteks sebenar sesuatu hantaran.

"Janganlah main komen sahaja tanpa baca kapsyen. Kalau aku yang komen dekat gambar bapa korang yang masih hidup seperti semoga arwah tenang dekat sana, sakit hati tak?" ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab bukan kerana fesyen, Isyariana sentiasa betulkan niat

ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana mengaku masih solo, impi lelaki ‘berharta’... “Bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja”

Sebelum itu, Isyariana melalui satu hantaran di Instagram mendedahkan dia sudah lama berpisah dengan bapanya sejak berusia 11 tahun.

Situasi tersebut membuatkan setiap pertemuan mereka menjadi sangat bermakna dan penuh emosi buat dirinya.

"Abah aku hidup lagi tapi dia tak duduk dengan aku. Aku berpisah dengan abah aku sejak umur 11 tahun. Aku jarang jumpa dia. Setiap kali jumpa, hati aku akan remuk," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain