PERKONGSIAN video yang dimuat naik pelakon Umie Aida bersama penyanyi Zizi Kirana mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Menerusi hantaran tersebut, Umie atau Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali, 53, dilihat memeluk Zizi dengan erat, seolah-olah cuba menenangkan hati penyanyi berkenaan. Dalam kapsyen ringkas ditulis, Umie menjelaskan pelukan itu hadir daripada rasa kasih dan rindu terhadap Zizi.Umie berkongsi perkara itu di Instagramnya. "Dakapan sayang dan rindu. Kesayangan kami ini kan Asnimansor," katanya melalui hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain menitipkan kata-kata sokongan buat Zizi.Malah, tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya mengenai status rumah tangga penyanyi lagu Eh itu bersama suaminya, Yusuf Bahrin.ARTIKEL BERKAITAN: Tak raya bersama, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tidak tinggal sebumbung?ARTIKEL BERKAITAN: Tak pakai baju raya sedondon... Yusuf Bahrin, Zizi Kirana lebih selesa pilih gaya sendiri"Seperti ada rahsia disebalik pelukan manja ini. "Semoga baik-baik sahaja untuk Kak Zizi yang kami sayangi. "Betulke sudah bercerai sebelum raya?“Masya-Allah, yang tersirat dan tersurat,” tulis netizen. Status rumah tangga Zizi dan Yusuf masih menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, mStar melaporkan Yusuf dan Zizi didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sekali gus mengundang pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga pasangan itu.Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube