PENERBIT dan pengarah, Erma Fatima tampil menegur segelintir netizen yang mendakwa dia gemar menghasilkan drama yang kononnya memburukkan agama Islam. Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 58, berkata dakwaan itu tidak tepat dan ramai yang masih keliru terhadap perjuangannya untuk membongkar individu yang menunggang agama demi kepentingan peribadi. Malah, Erma turut mempersoalkan tindakan segelintir netizen yang sekadar lantang mengkritik di media sosial, namun tidak berusaha dalam memperjuangkan nasib masyarakat."Letih dengan ayat saya memburukkan agama ini. Suruh netizen belajar sikit membezakan antara memburukkan agama dengan memburukkan manusia yang menunggang agama. Erma didakwa sering memaparkan sisi buruk agama dalam drama."Siapa yang tulis komen kononnya nak pertahankan agama, saya nak tanya apa yang mereka dah buat untuk menyelamatkan umat Nabi Muhammad yang jauh tersesat dengan ajaran guru sesat ini? "Setakat menyalak di media sosial lupakanlah," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Erma menjelaskan walaupun hanya bergelar insan seni, usahanya melalui drama Bidaah dan Walid berjaya membuka mata masyarakat tentang kewujudan guru sesat.Erma bagaimanapun menegur segelintir netizen yang hanya tahu memberikan kecaman di media sosial tanpa memahami realiti sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima jawab kontroversi skrip drama Walid... “Di mana murtadnya?”ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Walid, sekarang Habib pula… Babak minum air basuhan kaki Aqasha undang kontroversi"Sejahil-jahil saya, sehina-hina orang seni kami masih berfikir untuk selamatkan umat Muhammad daripada terus tersesat. "Setidak-tidaknya dengan ada drama seperti Bidaah dan Walid, ramai guru sesat ditangkap. Ramai mangsa berani bersuara dan ramai penunggang agama takut saya bongkar lagi kesesatan mereka. "Pada netizen yang hanya tahu mengecam, keluarga mereka belum lagi terkena sebab itu mereka hanya tahu bersuara."Ramai di luar sana hilang kerja, habis duit dan anak bini tergadai kerana taksub kepada guru sesat, bukan taksub kepada agama," ujarnya. Sementara itu, Erma menasihati orang ramai agar tidak sekadar memberi kecaman di media sosial tetapi turun padang membantu individu yang terjebak dengan ajaran sesat. "Kepada netizen yang bersorak di luar sana, saya sarankan jangan sekadar tahu komen. "Turun padang selamatkan mereka yang terjebak dengan ajaran sesat. Ajaran yang benar dari Allah tidak pernah salah dan buruk. Erma hanya mahu memberi kesedaran tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat."Manusia yang salah guna. Apapun saya hanya insan seni yang tidak sempurna. Perjuangan saya juga masih belum sempurna," katanya. Terdahulu, drama arahan Erma berjudul Walid menjadi tular di media sosial susulan babak lakonan Aqasha yang melontarkan dialog, ‘Aku adalah Allah dan Allah adalah aku’ sehingga mencetuskan kontroversi.Segelintir netizen mendakwa dialog tersebut berunsur kufur dan boleh menjejaskan akidah, sekali gus mengundang kecaman terhadap karya berkenaan. Malah, ada yang menuduh Erma kerap menghasilkan naskhah yang memburukkan agama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube