SEORANG lelaki dilaporkan maut dalam satu kejadian tembakan di Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, Johor Bahru, malam Sabtu.Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pukul 11 malam tadi. Beliau bagaimanapun berkata siasatan masih giat dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian.Setakat ini, maklumat lanjut berkaitan identiti mangsa, dan kejadian masih belum diperolehi.Difahamkan, kenyataan lanjut berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.