suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Betul-betul masa tengah azan Zohor” - Saksi nampak orang jatuh bangunan, polis diklasifikasi kes mati mengejut

Rakaman dari 'dashcam' saksi mengenai kejadian yang berlaku pada tengah hari Sabtu.

KECOH di media sosial susulan tularnya satu video memaparkan objek terjatuh dari bangunan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada tengah hari Sabtu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai @rajashazreenshahril, kejadian berlaku di depan matanya sewaktu dia sedang melalui jalan berkenaan.

Rakaman kejadian turut dirakam dengan jelas oleh kamera papan pemuka (dashcam) kenderaannya. 

"Ada sesiapa nampak tak orang jatuh dekat menara HSC Jalan Ampang pukul 1 lebih (tengah hari) tadi (semalam)?

"Betul-betul masa tengah azan Zohor. Tak pasti terjatuh atau pun apa. Serius menggigil kaki tadi bawa kereta. Betul-betul nampak depan mata," tulisnya dalam perkongsian berkenaan. 

Video tersebut mengundang ratusan komen warga maya, dengan ada yang memaklumkan kes berkenaan melibatkan seorang warga asing.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu pada Ahad, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian seorang individu dipercayai terjatuh dari sebuah menara di Jalan Ampang pada Sabtu.

Ujarnya, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Lain