suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Murid Tahun Enam meninggal dunia selepas pengsan ketika sertai perhimpunan sekolah

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR). -Gambar hiasan

SEORANG murid lelaki Tahun Enam di sebuah sekolah di Kapar, Klang dilaporkan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di hospital, pada Jumaat.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika kanak-kanak berusia 12 tahun itu sedang menyertai perhimpunan pagi seperti biasa di sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, mangsa segera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut selepas tidak sedarkan diri.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan.

"Hasil siasatan awal serta bedah siasat tidak menemukan sebarang unsur jenayah," katanya sambil menambah, punca kematian masih belum dapat disahkan dan sedang menunggu keputusan analisis makmal.

Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Lain