Nur Emira Hafiza kini menderita akibat kanser darah yang memerlukan bantuan orang ramai mengurangkan beban ditanggungnya.
“SAYA buntu, nak cari duit dari mana pun dah tak tahu!” Itulah luahan si bapa tatkala pihak hospital memintanya mencari wang lebih RM64,000 bagi rawatan anak tersayang yang disahkan menghidap Leukemia Limfoblastik Akut Sel-B atau dikenali sebagai kanser darah dan sum sum tulang, kini pada tahap empat.Tarmizi Ahmad, 52, juga membayangkan, kerjayanya sebagai usahawan tani dengan mengusahakan tanaman cili fertigasi di Putrajaya tidak mungkin untuk dia mampu memperoleh wang sebanyak itu. Apatah lagi pembedahan anak, Nur Emira Hafiza, 27, di Hospital Ampang, Selangor dijadualkan pada waktu terdekat iaitu 15 Mei depan.“Saya memerlukan RM64,764 untuk membeli tiga kotak ubat bagi rawatan ini. Ia belum lagi lain-lain kos termasuk kos pemindahan darah antara anak saya yang menghidap kanser ini dengan anak keempat saya,” katanya kepada mStar.Menurut Tarmizi yang berasal dari Kampung Sungai Limau, Kubu Gajah, Selama Perak, anaknya didiagnosis menghidap kanser pada September tahun lalu ketika mereka menziarahi saudara di Batu Kawan, Pulau Pinang.Nur Emira hanya mengharapkan bantuan kerusi roda untuk bergerak kerana dia tidak mampu lagi berdiri lama.Ketika itu Nur Emira Hafiza tiba-tiba tidak boleh bernafas menyebabkan mereka membawanya ke hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan segera.Katanya, selepas punca penyakit dikenal pasti, anaknya itu dihantar ke hospital Serdang dan kemudian dipindahkan ke Hospital Ampang, Selangor bagi mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 42 hari.Menurutnya, selepas beberapa siri rawatan dilakukan, pihak hospital mencadangkan agar rawatan pemindahan darah dilakukan.Selepas pemeriksaan perubatan dibuat, anak keempatnya iaitu Anas Hakimi, 19, penuntut di Kolej Komuniti, Bukit Beruang Melaka, antara yang layak untuk menjalani prosedur itu.Tarmizi menunjukkan invois daripada sebuah farmasi (kiri) yang memaklumkan mengenai kos ubatan rawatan kanser serta surat sokongan hosital bagi mendapatkan sumbangan zakat.Katanya, sebelum ini bil rawatan Nur Emira Hafiza ditanggung oleh majikannya tetapi selepas anaknya itu tidak mampu bekerja, dia telah diberi cuti tanpa gaji selain kos perlindungan insurans syarikat juga telah habis digunakan termasuklah semasa rawatan kemoterapi.“Anak saya bekerja sebagai penyelia di sebuah farmasi tetapi disebabkan dia selalu sakit, pihak syarikat memberinya cuti tanpa gaji. Dia pun dah tak boleh bekerja kerana sering penat dan tidak boleh berdiri lama, akan jatuh. Nak pergi mana-mana pun terpaksa naik kerusi roda,” katanya.Menurut Tarmizi lagi selain sumber kewangan terhad, dia turut menanggung dua lagi anak yang masih belajar masing-asing di sebuah kolej dan sekolah menengah manakala anak keduanya pula sudah bekerja tetapi dengan pendapatan kecil.Katanya, rawatan yang bakal dijalani oleh Nur Emira Hafiza ini agak berisiko namun, dia menyerahkan kepada ketentuan Allah dan kepakaran pihak hospital untuk menguruskannya.Pihak hospital pula katanya, turut membantu dengan mengeluarkan surat sokongan agar membolehkan dia mencari dana bagi rawatan ini dengan membuat permohonan bantuan baitulmal namun prosesnya mengambil masa.Nur Emira Hafiza, 27, menghidap kanser darah tahap empatKos ubat akibat pembedahan ialah RM64,764Pembedahan pemindahan darah antara Nur Emira Hafiza dan adiknya Anas Hakimi, 19, akan dilakukan pada 15 Mei 2026 di hospital Ampang, SelangorNur Emira Hafiza sudah tidak mampu bekerja dan diberi cuti tanpa gaji buat masa iniTarmizi Ahmad hanya bekerja sebagai usahawan jual cili, tak mampu bayar kos rawatan anakKeluarga ini memerlukan bantuan orang ramai untuk dalam bentuk kewangan untuk mengurangkan beban ditanggungRingkasan ini dijana oleh AI“Hospital ada keluarkan surat untuk saya minta bantuan dari pusat zakat. Kalau permohonan itu lulus, sekurang-kurangnya dapat juga kurangkan beban ini,” katanya.Harapan Tarmizi, ada pihak yang bersimpati dengan dugaan yang dihadapinya dan derita ditanggung si anak dapat dikurangkan melalui bantuan semua pihak.Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan sumbangan terus kepada akaun bank milik Nur Emira Hafiza iaitu RHB Islamic – 16212000223410.Untuk rekod, gejala penyakit Leukemia Limfoblastik Akut Sel-B ini boleh merebak dengan pantas yang menyebabkan penghidapnya mengalami pucat, mudah lelah, demam, jangkitan berulang, serta pendarahan.