Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Baling, Kedah. -Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah
SEORANG bayi lelaki berusia lima bulan maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Sadek dekat Baling, Kedah pada awal pagi Jumaat.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, bayi tersebut meninggal dunia ketika mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Baling. Manakala bapa bayi berkenaan lelaki tempatan berusia 27 tahun dan isteri, 41, cedera dan sedang dirawat di hospital sama.Brandon berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku dekat simpang dekat Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik ketika Perodua Myvi tersebut dalam perjalanan dari arah Gerik menghalan ke Kupang.Lori dipandu pula katanya datang dari arah Kelantan menuju ke Pulau Pinang.Sementara itu, Brandon berkata, pemandu lori berusia 43 tahun itu direman empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan selepas ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah.Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian.