DALAM kesibukan mencari rezeki, ramai terlupa bahawa ada tanggungjawab lebih besar tidak boleh diketepikan walau sesibuk mana sekalipun.Bagi seorang penghantar makanan (rider), pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawa menjadi titik perubahan terbesar dalam hidup. Katanya dia mula menyedari selama ini dia terlalu leka mencari rezeki sehingga sering mengabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim sehingga mengabaikan waktu solat."Dulu aku kejar target sampai selalu sangat skip solat. Alasannya, order tengah lebat ni, rugi kalau off.Kebanyakan pejabat menyediakan surau untuk kemudahan kakitangan mereka. -Gambar hiasan AI"Sampailah satu hari, Allah tegur secara cash dekat atas jalan raya yang buat aku menggigil dan tak berani tinggal solat sampai sekarang," kongsinya dalam satu hantaran di Threads.Ceritanya, kejadian berlaku pada suatu petang ketika hujan renyai dan dia masih sibuk menghantar pesanan pelanggan walaupun azan Asar sudah lama berkumandang."Dalam kepala cuma fikir nak siapkan lagi tiga order untuk hit bonus harian. Masa tengah laju mencelah dekat satu simpang, tayar motor aku slide sebab jalan licin."Aku tercampak masuk betul-betul ke bawah sebuah treler. Brek treler tu berdecit nyaring dan berhenti betul-betul sejengkal dari kepala aku. Gelap sekejap pandangan. ARTIKEL BERKAITAN: Cakap tak pakai otak! Isteri bengang pengurus Muslim tempat kerja suami suruh keluar solat Jumaat bergilir-gilirARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respon akak ‘cleaner’ buat hati berbunga"Benda pertama terlintas dalam kepala aku, Ya Allah, aku belum solat Asar, Zohor tadi pun aku skip sebab sibuk kejar order lunch," kongsinya.Menurutnya, dia menggigil ketakutan memikirkan kemungkinan dia meninggal dunia dalam keadaan meninggalkan solat namun beruntung kerana hanya mengalami kecederaan ringan."Motor aku total loss, tapi badan aku calar sikit saja. Balik rumah hari tu, aku terus mandi dan hampar sejadah. Menangis teresak-esak aku sujud minta ampun."Kalau tayar lori tu gilis aku tadi, aku mati dalam keadaan menentang Tuhan," katanya.Seorang rider berkongsi pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawanya.Dia terlalu mengejar 'target' sehingga mengabaikan solat.Dalam satu kejadian, dia kemalangan dan nyaris dilanggar treler.Dia bagaimanapun terselamat walaupun motornya rosak teruk.Sejak kejadian itu dia insaf dan terus menjaga solat.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, lelaki berkenaan turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terlalu mengejar dunia sehingga melupakan tanggungjawab terhadap Tuhan."Pengajarannya, rezeki tu Allah yang pegang. Kalau kita abaikan Yang Pemberi Rezeki semata-mata nak kejar rezeki, sampai bila-bila pun hidup tak berkat," akhirinya.Perkongsian tersebut ternyata menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya mengakui pernah berada dalam situasi sama kerana terlalu sibuk bekerja sehingga melewatkan atau meninggalkan solat.Malah, ramai turut meluahkan rasa syukur apabila rider berkenaan masih diberikan peluang kedua untuk terus hidup dan memperbaiki diri.