SEORANG isteri sepatutnya disayangi dan dihargai, bukannya dipermalukan di depan khalayak ramai hanya kerana perkara kecil.Demikian pandangan seorang lelaki yang terkilan selepas menyaksikan sendiri seorang wanita dimarahi suami di sebuah kedai bakeri sehingga menarik perhatian orang ramai. Menurutnya, ketika kejadian dia berada di premis berkenaan sebelum terdengar seorang lelaki meninggikan suara terhadap isterinya.Dakwanya kemarahan sang suami disebabkan wanita itu mengambil sejenis pastri dan dianggap membazir oleh lelaki tersebut.Suami perlu lebih menghormati isteri dengan mengelak daripada memalukan mereka dikhalayak ramai. -Gambar hiasan AI"Suami dia kata dalam nada yang tinggi dan kuat kan pernah beli, tak ada orang makan langsung, membazir je. Semua orang dengar."Bini dia balas teringin je sambil letak balik makanan yang dia pegang," katanya.Lebih menyentuh hati, lelaki berkenaan berkata wanita itu masih dalam tempoh berpantang dan mempunyai bayi berusia sekitar satu hingga dua bulan.Menurutnya, situasi sama berulang ketika wanita itu mahu membuat pembayaran di kaunter apabila suaminya sekali lagi mempersoalkan roti dan pastri yang diambil.ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup kena terajang, suami siap nak pijak perut isteri... Bengang kena marah bocor rahsia kehamilan pada keluargaARTIKEL BERKAITAN: Dipaksa jadi ‘cleaner’, lelaki enggan pulang rumah mentua! Isteri bengang suami kutuk keluarga pemalas, tak bercakap 2 minggu"Suami dia kata ni nak beli buat apa pula? Nak membazir lagi ke apa ni?"Sekali lagi isteri dia keluar dari barisan, terpaksa letak balik barang yang dia nak beli. Akur, tunduk, malu, sedih aku rasa semua ada dekat akak itu," jelasnya.Menurut lelaki itu lagi, isterinya meluahkan hasrat membayar semua makanan diambil wanita tersebut namun memilih tidak berbuat demikian kerana bimbang keadaan menjadi lebih tegang."Jangan fikir bila kau sudah kahwin dan dia isteri kau, kau boleh jadikan amarah kau sebagai tontonan awam.Wanita dipercayai baru lepas pantang dimarahi suami di kedai bakeri.Dia terpaksa meletakkan semula barang selepas ditegur di depan orang ramai.Perkongsian itu mengundang simpati netizen terhadap nasib wanita terbabit.Lelaki berkenaan mengingatkan suami agar menghargai pengorbanan isteri.Isteri tidak sepatutnya dipermalukan di khalayak ramai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau depan orang ramai kau boleh amuk dia, belakang kami macam mana? Sabar ya kak, sedih isteri saya tengok akak kena marah macam tu," katanya.Lelaki itu turut menitipkan pesanan agar golongan suami lebih menghargai pengorbanan isteri terutama selepas mereka melahirkan anak."Roti dan pastri bukan mahal pun, RM10 tak sampai! Belikan je tanda penghargaan untuk seorang ibu yang bertarung nyawa lahirkan zuriat kita."Maruah isteri bukan sekadar auratnya tapi juga air mukanya. Jadi lelaki bukan lesen untuk memalukan isteri," ujarnya.