Salah faham kecil boleh bertukar menjadi konflik sekiranya tiada komunikasi yang berkesan. -Gambar hiasan AI
ADA pasangan memilih menumpang di rumah keluarga selepas berkahwin disebabkan belum stabil dari segi kewangan.Situasi ini mungkin dianggap tidak membebankan namun ia boleh menjadi konflik sehingga boleh merosakkan hubungan sesama ahli keluarga. Biasanya ia berlaku disebabkan tiada sikap common sense selain mengambil kesempatan terhadap kebaikan keluarga sepanjang menumpang.Di Threads, seorang individu berkongsi kisah mengenai ibu saudaranya yang bertindak menghalau anak lelaki sendiri gara-gara tidak tahan dengan perangai pemalas menantunya."Sebelum nak cop makcik aku mak mentua dari neraka, izinkan aku bercerita kenapa dia tergamak halau anak, menantu yang tak kerja dan cucu dua orang kecil-kecil lagi dari rumah.Hubungan sesama mentua atau ipar duai akan harmoni jika masing-masing saling menghormati. -Gambar hiasan AI"Dekat rumah itu ada makcik aku dan satu keluarga anak dia. Anak-anak lain balik hujung minggu saja."Makcik aku ini tak kisah pun anak menantu nak duduk rumah dia. Alang-alang dia duduk seorang, anak dia pun baru berumah tangga, kewangan pula tak kukuh sangat," tulisnya dalam hantaran berkenaan.Namun ujarnya, keadaan mula tegang apabila menantunya yang tidak bekerja sering menunjukkan sikap pentingkan diri.Katanya, wanita itu sering memaksa suami makan di luar setiap hari dan sering mengamuk jika kemahuannya tidak dipenuhi.ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal rujuk semula, wanita derita tanggung suami malas kerja... Paling sadis mentua sama naik hasut anak jangan tanggung isteriARTIKEL BERKAITAN: “Kalau kata tak boleh, aku jahat ke?” - Ibu mentua paksa menantu hamil 8 bulan pergi kenduri, wanita rasa ‘seram’ perlu tempuh perjalanan tiga jam"Anak lelaki dia bagus, buat dua kerja untuk tampung kehidupan anak isteri. "Yang tak patutnya, si menantu sudah la tidak bekerja. Duduk rumah fokus jaga anak je tapi setiap kali suami dia balik kerja, dia akan paksa makan luar."Setiap hati tanpa gagal! Kalau suami dia enggan, dia akan mengamuk, maki hamun. Mereka bergaduh memang tak reti nak hormat mak mentua yang duduk serumah," ceritanya.Situasi itu akhirnya mencetuskan kemarahan ibu saudaranya yang selama ini sudah banyak bersabar sebelum mengambil keputusan drastik menghalau anak dan menantunya.Malah buat pertama kalinya, ibu saudaranya turut meninggikan suara memarahi menantunya itu dan meluahkan semua perkara terpendam di hati.Seorang individu berkongsi kisah ibu saudaranya yang menghalau anak, menantu dan dua cucu kerana tidak tahan dengan sikap menantu yang didakwa pemalas.Ibu saudaranya sebelum ini tidak kisah anak menantu tinggal bersama kerana kewangan masih belum stabil.Anak lelakinya dikatakan buat dua pekerjaan untuk menyara keluarga, manakala si isteri tidak bekerja.Konflik tercetus apabila menantu didakwa sering memaksa suami makan di luar setiap hari.Netizen memberi reaksi bercampur, ada menyokong tindakan ibu mentua manakala ada berpendapat masalah itu sepatutnya diselesaikan melalui perbincangan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia maki perempuan tak sedar diri itu. Sudah menumpang bukan reti nak mengemas, nak masak untuk anak dan suami."Sanggup tahan lapar semata-mata nak ajak suami makan luar," kongsinya lagi.Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan reaksi yang bercampur.Ada menyokong tindakan ibu saudaranya kerana menantu kepada wanita tersebut tidak menunjukkan rasa hormat dan tidak pandai membawa diri ketika menumpang rumah orang.Ada juga yang berpendapat ibu saudaranya agak keterlaluan kerana isu tersebut masih boleh diselesaikan menerusi perbincangan.