Urusan rumah tangga sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama dan bukannya dibebankan atas bahu sebelah pihak. -Gambar hiasan AI
PELUANG kedua sering dianggap sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan lalu.Namun, tidak semua peluang kedua berakhir dengan kebahagiaan yang diharapkan. Ada kalanya, luka lama kembali terbuka, malah lebih perit daripada sebelumnya.Begitulah dilema yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila mengambil keputusan untuk merujuk dengan suami namun kecewa apabila lelaki itu rupa-rupanya masih tidak berubah.ARTIKEL BERKAITAN: Gagal 2 perkahwinan, wanita sayu suami pertama ajak rujuk walau tahu dirinya mandul - “Dia cinta saya sampai mati”ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru habis pantang ajak pergi bercuti, suami terus lafaz talak sebab mak ayah hasut! Lepas 2 bulan rayu nak rujuk"Suami saya bukanlah lelaki yang jahat tapi dia langsung tak nak bertanggungjawab, tak nak bekerja tetap."Jika ada kerja sambilan, dia pergi. Kalau dapat gaji, dia akan utamakan keutamaan keperluan dia sahaja. Mak dia sendiri akan suruh dia utamakan keperluan diri dahulu. Sebab mereka fikir saya mampu."Saya dengan dia dah pernah berpisah dan ini perkahwinan kami kali kedua. Kadang-kadang saya fikir, betul ke pilihan saya buat bila kembali kepada dia lagi," luahnya dalam satu hantaran di Facebook. Seorang suami sepatutnya membantu menguruskan rumah tangga dan mencari rezeki, bukan meletakkan seluruh tanggungjawab di bahu isteri semata-mata. -Gambar hiasan AIMenurut wanita tersebut, dia mengambil keputusan untuk rujuk kerana yakin selepas melihat suaminya itu menunjukkan perubahan sikap. Namun malangnya, dia dikaburi dengan perubahan sikap yang hanya sementara dan kini pengadu terpaksa menanggung keperluan anak serta keluarga. "Sekarang saya banyak fikir tentang anak. Saya bukanlah orang yang senang tapi jika saya tak sediakan keperluan anak, siapa lagi yang akan sediakan."Dia memang tak akan kisah sebab alasan dia sentiasa tiada duit. Dan dia seolah-olah menjadi selesa. Seperti dia isteri dan saya suami," kongsinya.Seorang wanita memberi peluang kedua kepada suaminya untuk memperbaiki kesilapan lalu.Namun, suaminya masih tidak berubah dan enggan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas mereka rujuk.Wanita itu terpaksa menanggung keperluan anak dan keluarga seorang diri kerana suami kerja sambilan.Suaminya juga hanya akan mengutamakan keperluan diri terlebih dahulu selepas dapat gaji.Kini dia buntu sama ada mahu berpisah lagi atau terus bertahan dalam perkahwinan yang membebankan.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita ini mengakui dia semakin buntu memikirkan jalan terbaik sama ada berpisah kali kedua ataupun 'menelan' semuanya seorang diri."Apa pilihan yang saya ada? Berpisah? Dah tentu-tentu mak dia akan menang lagi. Sebab perkahwinan kami sebelum ni pun masalahnya berpunca salah satu daripada mak dia."Nak teruskan, saya betul-betul rasa terbeban. Keluarga saya langsung tak tahu selama ni semua daripada A-Z saya yang sediakan," luahnya lagi. Di ruangan komen, warga maya menyarankan supaya wanita tersebut memikirkan kesan jangka panjang kepada diri sendiri dan anaknya terlebih dahulu.Sebahagian daripada komen netizen.Namun rata-ratanya menyarankan supaya dia 'mengundur diri' daripada terus terseksa kerana menanggung beban emosi sepanjang perkahwinan. "Boleh dikatakan suami awak lelaki yang zalim walau dia tak jahat. Zalim sebab macam serahkan tanggungjawab yang sepatutnya digalas oleh dia kepada isteri."Mak jenis apa ye biar menantu perempuan tanggung hidup anak dia."Jika nak stay, cuba tukar tugas. Jika dia isteri, minta dia buat kerja suri rumah dan jaga anak. Jika tak mampu reda, sebaiknya berpisah," demikian antara komen netizen.