suria

“Kalau kata tak boleh, aku jahat ke?” - Ibu mentua paksa menantu hamil 8 bulan pergi kenduri, wanita rasa ‘seram’ perlu tempuh perjalanan tiga jam

Wanita hamil perlu dijaga dengan sebaiknya dan tidak boleh mengalami tekanan perasaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita dirundung perasaan serba salah selepas ibu mentuanya mengajak menghadiri majlis kenduri ketika dia kini sarat hamil lapan bulan.

Jelas wanita itu, dia keberatan kerana dia perlu menghadap perjalanan hampir tiga jam memandangkan majlis diadakan di Perak.

Dengan keadaan sarat mengandung, dia merasakan tidak sesuai menempuh perjalanan jauh ditambah dengan mempunyai seorang anak kecil.

"Aku mengandung lapan bulan dan ada seorang anak kecil tapi mak mentua aku suruh suami pergi juga kenduri di Perak yang perjalanan dua jam setengah. 

Wanita yang hamil di trimester lebih mudah mengalami keletihan akibat perjalanan jauh. -Gambar hiasan

Wanita yang hamil di trimester lebih mudah mengalami keletihan akibat perjalanan jauh. -Gambar hiasan

"Dia nak anak dia dengan suami dahulu (bekas suami) dan dua orang cucunya dapat pergi kenduri itu.

"Alasannya, anak dia tak boleh memandu jauh sebab cucu nak beriba dan suami anaknya ada kerja luar negara," luahnya di Threads.

Jelas wanita itu, dia bukan tidak mahu pergi namun kehamilan di trimester ketiga membuatkan badannya mudah berasa lenguh apabila terpaksa menempuh perjalanan jauh. 

  • Wanita hamil 8 bulan serba salah diminta hadir kenduri jauh.
  • Perjalanan hampir 2 jam setengah, perlu ulang-alik hari sama.
  • Alasan mentua, anak tak boleh pandu jauh bawa toddler.
  • Risau kesihatan, mudah sakit pinggang dan stres perjalanan.
  • Netizen nasihat utamakan diri, suami perlu lebih tegas.

Tambahan pula, perjalanan yang dirancang iaitu pergi dan balik pada hari yang sama, pasti akan memenatkan dirinya.

"Mesti akan stres sepanjang perjalanan sebab aku ni cepat sakit pinggang, jadi kadang-kala kena turunkan penyandar tempat duduk.

"Kalau aku kata tak boleh, nampak macam aku jahat pula sebab semua orang tak boleh berjumpa.

"Lagipun kenduri ini bukanlah saudara rapat dan suami pun tak mengenali mereka," tambahnya yang buntu dengan situasi dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil sakitkan diri, cubaan seksa anak dalam kandungan! - “Aku terpaksa pukul sebab stres”

ARTIKEL BERKAITAN: Stres LDR, penat jaga bayi sendirian... Suami kecewa isteri enggan hamil lagi, tapi dapat izin tambah 'cawangan'

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberi sokongan dan menasihatkannya supaya mengutamakan kesihatan diri serta kandungan.

Malah ramai berpendapat suaminya perlu lebih tegas dalam mempertahankan keadaan isteri, terutama melibatkan perjalanan jauh ketika sarat hamil.

"Cakap kat suami tak payah pergi dan lebihkan orang lain daripada isteri sendiri, kena keras sikit bab ni dengan suami.

"Jangan merisikokan diri sebab dah lapan bulan tu, suami sepatutnya boleh fikir keadaan isteri," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain