suria

Wanita yatim piatu terluka saudara letak syarat datang majlis konvokesyen, paksa cari homestay! - “Duit minyak, tol, makan bagi asing!”

Bebanan perasaan boleh membuatkan seseorang mengalami kemurungan. -Gambar hiasan AI

MAJLIS konvokesyen merupakan detik paling ditunggu-tunggu bagi setiap pelajar yang berjaya menamatkan pengajian, lebih manis apabila ia diraikan bersama keluarga tersayang.

Namun lain pula kisahnya dengan wanita ini apabila hari bahagia itu, menjadi punca dirinya mengalami bebanan emosi.

 Lebih menambah rasa pilu apabila dia menerima layanan buruk daripada saudara-maranya yang konon ingin meraikannya pada hari konvokesyen nanti.

Bebanan emosi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental. -Gambar hiasan

Bebanan emosi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental. -Gambar hiasan

Mana tidaknya, berdasarkan tangkap layar mesej yang dikongsikan, saudaranya bukan sahaja meminta dia mencarikan homestay malah turut memintanya menaja kos perjalanan pergi dan balik.

"Dah cari homestay? Nak pergi konvo hang ada tiga buah kereta, duit minyak dengan tol masuk tak lagi? Telefon memang tak angka ka, baik tak payah pakai handset tu.

"Cari rumah, takkan kami nak duduk tepi jalan, masuk duit minyak sekali tol, duit makan nanti hang bagi lain, cash," demikian mesej yang diterimanya.

  • Konvokesyen yang sepatutnya bahagia bertukar jadi beban emosi.
  • Wanita dakwa saudara minta dia sediakan homestay, tanggung kos minyak, tol dan makan.
  • Mesej diterima bernada kasar, siap sindir tak angkat telefon.
  • Luah kecewa, akui sedih jadi yatim piatu dan salahkan takdir.
  • Netizen simpati, nasihat raikan konvo dengan kawan sahaja.

Mengakui terkilan dengan mesej yang diterima, wanita ini turut meluahkan rasa kecewa dan tertekan dengan situasi dialami.

Malah kesedihan yang dialami itu membuatkan dia mula menyalahkan takdir kerana menjadi anak yatim piatu di usia muda.

"Aku reda mak ayah aku dah tak ada tapi apabila saudara aku layan aku macam tu, sumpah aku asyik salahkan takdir," luahnya sayu di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik nak konvo minta taja penginapan famili, hadiah jambangan bunga... Kakak serba salah fikir bajet barang sekolah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi momen bahagia di hari graduasi... Graduan disaran tak ajak BF bergambar dengan famili, risau menyesal tak sudah

Luahan tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya.

Tidak kurang juga yang memintanya meraikan majlis konvokesyen dengan rakan-rakan belajar sahaja.

"Bagitahu mereka yang tak jadi pergi konvo, awak pergi sendirian je sebab saya pun anak yatim yang raikan seadanya.

"Kalau sampai kena menyusahkan dengan tol, minyak, homestay tu... tak payahlah dik, konvo je dengan kawan-kawan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain