Membesar dalam suasana keluarga yang kurang harmoni boleh memberi kesan kepada tingkah laku serta emosi anak. -Gambar hiasan AI
PERSEKITARAN keluarga yang harmoni, penuh kasih sayang dan sokongan mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku anak-anak secara positif.Namun, tidak semua individu bernasib baik dapat menikmati suasana keluarga ideal, sehingga ada terpaksa membesar dalam keadaan menekan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mental mereka. Bagi individu sedang bergelut dengan masalah ini, kata-kata kesat serta layanan kasar daripada ahli keluarga boleh meninggalkan kesan mendalam sebagaimana luahan yang dikongsikan individu ini.Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut meluahkan keletihan emosi akibat layanan diterima di rumah.Individu yang menghidap masalah mental memerlukan sokongan daripada orang sekeliling. -Gambar hiasanIndividu itu berkongsi perkara kecil boleh menjadi punca dia dimarahi ibunya dan dipukul."Silap saya hanya satu, bawa keluar ayam dari freezer tapi tak rendam. Waktu mak balik (kerja), ayam masih beku. Terus dimaki, aku penatlah jaga orang bodoh. "Tertidur dekat ruang tamu, tiba-tiba dia tarik rambut saya sambil jerit, maki.ARTIKEL BERKAITAN: Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mesej emak, beritahu tak mahu teruskan hidup” - Kulit muka teruk, dipukul dan dihentak sehingga ganggu otak... gadis ini derita depresi"Dia cakap, orang nampak aku jahat, orang tak nampak aku nak kena layan perangai banga*g macam ni. Aku ni penat balik kerja, hidup dalam rumah ni menyusahkan je macam si*l. Banyak lagi, semua masih dengar dekat telinga," luahnya.Tidak tahan mendengar makian demi makian, individu itu berkata dia mengambil keputusan memencilkan diri di dalam bilik kerana bimbang situasi itu 'memicu' penyakitnya. "Lepas itu dia perli, tak payah nak makan ubat la apa la, nanti orang mengata aku pula. Kau memang degil, aku cakap tak pernahnya masuk dekat otak.Seorang individu kecewa kerana sering dimarahi dan dilayan kasar oleh ibunya.Dia terlupa untuk merendam ayam yang dikeluarkan dari peti sejuk beku.Ibunya yang pulang kerja memarahinya kerana tak mampu melakukan tugas ringan.Dia yang mempunyai masalah kesihatan mental ingin menelan ubat berlebihan bagi menghilangkan rasa sedih. Netizen menasihatkannya supaya tabah dengan ujian dan mendapatkan sokongan. Ringkasan ini dijana oleh AI"Sumpah rasa nak overdose lagi," ceritanya sambil menambah, dia sebelum ini disahkan menghidap Gangguan Kemurungan Utama (MDD) dengan psikosis serta Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).Individu itu berkata, dia memahami situasi ibunya kepenatan selepas pulang bekerja namun berpendapat ia bukan 'lesen' untuk memaki anak.Perkongsiannya mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.Sebahagian daripada komen netizen. Ramai yang memberi kata semangat dan menasihatkannya agar terus kuat menghadapi ujian, selain mendapatkan bantuan profesional serta sokongan.Namun ada juga yang memberikan pandangan berbeza dan memintanya memahami tekanan ibunya yang penat mencari rezeki."Dia penat, balik rumah tengok simple task pun awak tak boleh buat. Nak masak lagi. Saya faham perasaannya."Mak kau tu burn out... cuba la kamu adik-beradik faham, buat la kerja ringankan beban mak tu," demikian antara komen netizen.