suria

Lelaki bengang penonton main telefon dalam wayang, anggap tiada ‘common sense’ - “Nak tengok YouTube baik duduk rumah!”

Cahaya telefon yang terlalu terang menganggu tontonan di dalam pawagam. -Gambar hiasan AI

BAGI kaki wayang, pengalaman menonton filem di pawagam pastinya diharapkan berlangsung tanpa sebarang gangguan.

Namun situasi sebaliknya dialami seorang lelaki apabila fokusnya terganggu dengan sikap seorang penonton yang dianggap tidak beretika ketika filem sedang ditayangkan.

Luahnya, individu yang duduk berhampiran dengan kerusinya dilihat asyik menggunakan telefon bimbit sepanjang tayangan filem berjudul Lee Cronin’s The Mummy di sebuah pawagam pada Rabu lalu. 

Perbuatan itu katanya bukan sahaja menganggu tetapi disifatkan sebagai tiada common sense. 

Bising dan berkelakuan sumbang dalam pawagam memberi ketidakselesaan kepada orang lain. -Gambar hiasan AIBising dan berkelakuan sumbang dalam pawagam memberi ketidakselesaan kepada orang lain. -Gambar hiasan AI

Bising dan berkelakuan sumbang dalam pawagam memberi ketidakselesaan kepada orang lain. -Gambar hiasan AI

"Orang tengok wayang kau sibuk scroll telefon tak berhenti dari awal sampai  pertengahan movie.

"Kepada akak yang tengok Lee Cronin’s The Mummy, tolong lah ada common sense.

"Kalau rasa takut tengok horror jangan tengok," luahnya yang menonton filem itu di sebuah pawagam di Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anggap harga tiket, popcorn mahal 'kisah seram sebenar' tonton wayang - "Bukan Netflix 'bunuh' pawagam"

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur pasangan bercinta bising, bercium masa tonton wayang... Wanita dakwa diugut pukul lepas keluar pawagam

Tambahnya, cahaya daripada skrin telefon tersebut jelas mengganggu tumpuan penonton lain yang ingin menikmati filem dengan tenang.

"Kejap bukak web jual beli barang, kejap YouTube, kejap buka Threads, mengganggu tau orang yang nak tengok wayang.

"Kalau nak scroll telefon duduk la rumah bukan dekat dalam wayang," katanya.

  • Lelaki terganggu apabila penonton sebelah asyik bermain telefon sepanjang tayangan filem.
  • Cahaya skrin dan aktiviti seperti YouTube serta shopping mengganggu tumpuan.
  • Individu itu turut menegur agar lebih beretika ketika berada dalam pawagam.
  • Tiada staf tampil menegur walaupun gangguan jelas berlaku.
  • Netizen setuju tindakan itu tidak beradab dan ganggu pengalaman orang lain.

Dalam pada itu, lelaki tersebut memaklumkan dia sempat memerhati sekeliling dengan harapan ada petugas pawagam yang tampil menegur, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Perkongsian itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen mengenai etika menonton di pawagam, khususnya melibatkan penggunaan telefon yang boleh mengganggu orang lain.

"Patutnya awak keluar beritahu staf pawagam sebab gangguan semasa menontot tapi ye la, kang terlepas jalan cerita pula.

"Staf kena ada dalam dewan tayangan, bayangkan kalau ada yang rekod filem tu guna telefon," komen warga maya.

Artikel Lain