SEORANG wanita meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa dua pasangan kekasih berkelakuan tidak sopan ketika menonton filem Banduan di sebuah pawagam pada Sabtu lalu.
Menurutnya, dua pasangan terbabit juga membuat bising hingga mendatangkan ketidakselesaan kepada orang ramai ketika menonton filem.
Tambahnya, kejadian berlaku sekitar pukul 8.40 malam di dewan tayangan di sebuah gedung membeli-belah di Kuala Lumpur.
Menonton filem di pawagam antara aktiviti dalam kalangan orang muda. -Gambar hiasan AI
"Kau berempat nak berborak lain kali duduk mamak la. Dah borak, siap cium-cium. Orang nak tengok wayang la bangang," kongsinya di media sosial.
Katanya, dia telah menegur kumpulan itu, namun tindakannya tidak disenangi apabila pasangan berkenaan didakwa cuba mengugut mahu memukulnya selepas tayangan berakhir.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anggap harga tiket, popcorn mahal 'kisah seram sebenar' tonton wayang - "Bukan Netflix 'bunuh' pawagam"
ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis umur 11 tahun nak tengok wayang dengan rakan, ibu sukar beri kata putus - "Bagi sekali akan ada kali kedua"
"Bila orang tegur dia ugut lepas habis wayang nak pukul kita depan tandas. Tu kalau aku buat report polis, ambil CCTV auto kau masuk lokap.
"Nak menyundal cari 'port' lain, jangan duduk dekat dalam pawagam. Nak menyundal tapi tak ada bajet," katanya mengakui terlalu geram dengan kejadian itu.
- Wanita kesal dua pasangan kekasih didakwa bercium dan berbual kuat semasa menonton filem di pawagam.
- Tegurannya tidak diterima baik malah pasangan terbabit didakwa mengugut mahu memukulnya selepas tayangan.
- Wanita itu kecewa tiada kakitangan pawagam membuat rondaan semasa kejadian.
- Dia terpaksa menukar tempat duduk selepas 40 minit tayangan bermula kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut.
- Netizen mencadangkan laporan polis dibuat dan menggesa pawagam lebih tegas terhadap pasangan tidak bernikah.
Wanita itu juga sedikit kecewa kerana tiada kakitangan panggung yang membuat rondaan semasa tayangan berlangsung seperti kebiasaan.
“Selalu ada staf masuk check, tapi malam tu tak ada. Saya bukan kisah sangat kalau nak bero*** pun, tapi bila dah bising dan ganggu orang lain, memang melampau,” katanya.
Tambahnya, dia terpaksa menukar tempat duduk ke barisan hadapan selepas 40 minit tayangan bermula kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut.
“Kita bayar tiket untuk tengok wayang, bukan untuk dengar orang bercakap dan tengok perangai tak senonoh,” katanya.
Reaksi warga maya
Sementara itu, netizen mencadangkan agar wanita itu membuat laporan polis kerana terdapat unsur ugutan terhadap dirinya.
Selain ada juga saranan yang meminta pasangan mengemukan kad nikah sebelum masuk ke pawagam bagi mengelak melakukan perkara tidak senonoh.
"Mohon buat laporan polis sis sebab itu dah kira mengugut.
"Dah boleh kot larang atau buat peraturan yang tiada sijil atau kad nikah ni dilarang masuk atau duduk bersebelahan dalam pawagam," cadangan netizen.


