suria

"Semoga bisnes hang tak berjaya" - Adik 'semak' ada kakak busuk hati, dengki bapa mentua bagi tanah

Pergaduhan boleh tercetus jika tiada persefahaman dalam hubungan adik beradik. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mengaku benci kepada salah seorang kakaknya yang didakwa busuk hati dan cemburu dengan apa yang dimilikinya.

Berkongsi cerita di laman Threads, dia bercadang untuk mengusahakan perniagaan nanas di atas sebidang tanah yang diberikan oleh bapa mentua.

Bagaimanapun sebaik sahaja mengetahui tentang rancangan tersebut, kakak keduanya mencemuh usahanya malah mendoakan agar bisnes yang dirancang gagal.

Seorang kakak perlu menjaga kata-kata agar tidak mengguris hati adik-adik. -Gambar hiasan AI

"Aku memang tak suka ya dengan kakak aku yang kedua tu. Hari ni (Ahad) aku sembang dengan abah aku dekat telefon.

"Aku cakap dekat abah aku nak buat bisnes jual nanas. Ayah mentua aku ada bagi tanah dan kami usahakan.

"Rupa-rupanya perempuan tu ada dekat sebelah abah aku. Dia boleh cakap kalau nak buat pun biarlah munasabah sikit," dia bercerita mengenai sikap kakaknya.

Geram mendengar cemuhan kakak, dia tidak berdiam diri sebaliknya menjawab kata-katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes sambil TikTok! 3 beradik tak kisah berpanas tepi jalan, buat kerja tak glamor - “Saya menari di gerai, orang pandang saya tak peduli”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik pelik bisnes masakan utara kakak tak laku walau sedap, ramai lalu lalang tapi tak singgah... semuanya berubah selepas guna ‘ilmu universiti’

Bagi wanita ini, dia menganggap kakaknya bersikap sedemikian kerana iri hati walaupun sudah mempunyai perniagaan sendiri.

"Lepas tu aku jawab (cemuhan kakak) yang hang (kamu) sibuk apahal eh? Semak! Lepas tu dia jawab semoga bisnes hang tak berjaya. 

"Aku jawab semula, hang sakit hati sebab apa? Sebab bapa mentua aku bagi tanah ke apa, musibat? Oh kedai runcit hang berjaya sangat ke? Semak," katanya.

Kisah yang dikongsikan wanita ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyokong rancangan perniagaannya.

  • Adik mahu buka bisnes berasaskan nanas untuk manfaatkan tanah diberi oleh bapa mentua.
  • Kakak cemuh rancangan adik, doakan bisnes gagal.
  • Kakak kata 'nak bisnes biar munasabah', jadi adik sakit hati.
  • Adik anggap kakak iri hati sebab bisnes kedai runcitnya biasa-biasa sahaja
  • Netizen sokong, nasihat fokus bisnes dan abaikan toksik.

Malah ramai mendoakan agar bisnes itu berjaya sambil menasihatkan supaya dia kekal fokus tanpa menghiraukan sikap negatif ahli keluarga lain.

"Semoga bisnes awak maju jaya dan jauhi orang toksik. Fokus apa yang dituju je.

"Fokus pada bisnes. Restu ibu bapa yang penting. Sekurang-kurangnya awak dah minta restu orang tua.

"Orang yang toksik tu biarkan je. Nanti dah berjaya, dia juga yang menyendeng nak pinjam duit," atara komen netizen.

Artikel Lain