suria

Tumpang tidur katil mak ayah, gadis geli bapa selalu ‘menempel’ baring sebelah - “Susah jadi orang miskin ni”

Setiap keluarga sewajarnya mengasingkan bilik untuk anak-anak dan ibu bapa. -Gambar hiasan AI

KES sumbang mahram bukan lagi perkara asing apabila banyak laporan mengenainya dipaparkan dalam berita. 

Isu ini sememangnya mengundang kebimbangan dalam masyarakat, justeru penting untuk semua pihak membuka mata tentang keselamatan dalam institusi keluarga, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak gadis.

Di laman Threads, perkongsian seorang individu mengenai kisah rakannya mengundang perhatian ramai apabila dia mendedahkan pengalaman yang dialami wanita itu dan bapa kandung sendiri.

Kes sumbang mahram berlaku akibat kurangnya didikan agama yang diterapkan dalam keluarga. -Gambar hiasan

"Kawan aku pernah cerita, dia pernah tertidur atas katil dalam bilik mak ayah dia. Lepas tu ayah dia tidur sebelah. Time tu umur dia sekitar 20-an," kongsinya.

Apa yang menimbulkan persoalan, katanya, ibu kepada rakannya itu hanya membiarkan keadaan tersebut, malah tidak memberi teguran, baik kepada suami atau anak perempuannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau nak tengok aku bogel ke?” - Wanita rimas bapa mentua gatal, selalu terjah rumah sebab ada kunci pendua... suami suruh sangka baik!

"Mak dia bukannya nak kejutkan dia tapi boleh pula tidur dekat sofa ruang tamu? Korang rasa benda ni elok ke tak elok?

"Kawan aku cerita nangis-nangis tau sebab banyak kali terjadi benda ni dan dia geli gila tapi mak dia hanya abaikan je benda macam ni? Tolonglah jangan normalise benda macam ni.

"Mak dia patutnya main perananlah, actually dia selalu bagitahu mak dia tapi mak dia tak protect dia pun sebab anggap ia normal dan bergurau," kongsinya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi tentang rakannya yang berdepan situasi tidak wajar membabitkan bapa kandung sendiri.

  • Rakannya itu sering rasa tidak selesa apabila ayah tidur di sebelah setiap kali dia tertidur di bilik ibu bapanya.

  • Ibu kepada rakan hanya biarkan keadaan itu dan anggap ia perkara biasa.

  • Wanita tersebut menjelaskan rumah mereka hanya ada dua bilik, menyebabkan dia kadang-kala tidur di bilik ibu bapanya.

  • Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan ada yang simpati, dan ada juga yang menyalahkannya.

Ringkasan ini dijana oleh AI

Jelas individu tersebut, rakannya memberitahu bahawa rumah ibu bapanya hanya mempunyai dua bilik dan dia kadang kala baring di bilik kelamin apabila kakaknya sedang 'bergayut' di telefon bimbit. 

"Ayahnya tak buat apa-apa tapi banyak kali terjadi. Aduhai susah jadi orang miskin ni, nak bagi keselesaan dekat anak pun failed," tulisnya lagi.

Perkongsiannya itu mengundang reaksi bercampur daripada warga maya.

Antara pandangan yang dilontarkan netizen.

Ada yang meluahkan kebimbangan, namun ada juga yang menyalahkan rakannya kerana 'menceroboh' bilik ibu bapa selain tidak bersikap tegas hingga insiden tersebut berulang.

"Dari kecil parents saya dah ajar jangan sembarangan masuk bilik kelamin suami isteri, walaupun parents sendiri.

"Bukan masalah miskin. Mak tidur dekat sofa kenapa. Kan lagi bagus mak tidur sebelah dia, ayahnya tidurlah di sofa.

"Lantaklah kakak on the phone ke apa. Patutnya kakak borak dekat beranda luar rumah," antara komen netizen. 

Artikel Lain