suria

Rider biadab cop pelanggan ‘terlalu berkira’, suruh buat sendiri air di dapur lepas tumpahkan minuman dipesan

Seorang rider perlu bersikap amanah dan memastikan pesanan pelanggan tiba dalam keadaan selamat. -Gambar hiasan

TUGAS sebagai penghantar makanan menuntut sikap amanah dan profesional, namun masih ada dalam kalangan mereka yang mencemarkan imej pekerjaan itu dengan kelakuan tidak wajar terhadap pelanggan.

Tular di laman Threads perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas berdepan pengalaman tidak menyenangkan dengan rider yang didakwa bersikap biadab.

Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan memberitahu dia menerima kiriman mesej menerusi aplikasi chat sistem penghantaran makanan daripada rider yang memaklumkan bahawa minuman yang dipesannya tumpah.

Tangkap layar (screenshot) perbualan antara wanita tersebut dengan rider. 

Wanita itu berkata, dia pada mulanya tidak menyalahkan rider tersebut kerana faham insiden sedemikian sememangnya boleh berlaku dalam urusan penghantaran.

Namun apa yang menimbulkan rasa geram adalah cara rider itu menjawab mesejnya dengan nada acuh tak acuh seolah-olah tidak menghormati pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonoh

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita beri tip, anggap sejarah tercipta rider mesej ucap terima kasih... Terharu baca kata-kata menyentuh hati

"Mungkin adik kena buat air sendiri dekat dapur," demikian jawapan rider berkenaan ketika ditanya mengenai cadangan penyelesaian.

Bukan itu sahaja, rider berkenaan juga seolah-olah memohon maaf dalam nada yang tidak ikhlas apabila menuduh wanita berkenaan terlalu berkira.

Mesej seterusnya oleh wanita tersebut kemudian dibalas oleh rider berkenaan dengan bait sebuah lagu, seolah-olah mengejek.

  • Seorang wanita kongsi pengalaman berdepan dengan rider yang didakwa bersikap biadab dan tidak profesional.

  • Minuman yang dipesan wanita itu tumpah, namun rider menjawab secara acuh tak acuh.

  • Rider menyuruh pelanggan membancuh air sendiri, selain tidak minta maaf. 

  • Wanita itu membuat laporan kepada khidmat pelanggan syarikat penghantaran makanan.

  • Netizen menyokong tindakan wanita tersebut dan menggesa syarikat terlibat mengambil tindakan tegas terhadap rider berkenaan.

Geram dengan sikap tidak profesional rider tersebut, wanita itu berkata dia bertindak membuat laporan kepada pihak khidmat pelanggan syarikat penghantaran makanan berkenaan. 

"Faham je kan kalau tak sengaja, semua manusia pun buat silap tapi janganlah angkuh sangat sampai tak nak mintak maaf. 

"Dah report dah, memang kena dia ni," tulisnya lagi di ruangan komen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Rata-rata warga maya turut menyokong tindakan wanita tersebut membuat aduan kepada pihak pengurusan syarikat penghantaran makanan berkenaan agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap rider terbabit.

Selain itu, ia sekali gus menjadi pengajaran kepada penghantar lain agar lebih berhemah ketika berurusan dengan pelanggan.

"Sembang kacip apa rider ni?

"Bila orang tak ada common sense yang buat delivery macam ni la. Punya bebal.

"Kerja main-main... sedih betul macam ni," demikian antara komen netizen.

 

Artikel Lain