SEORANG wanita berkongsi pengalaman berdepan individu bersikap rasis ketika bertugas di sebuah pejabat kerajaan.
Menurut wanita itu, pelanggan berbangsa Cina berkenaan tidak memahami bahasa Melayu dan bertindak memarahinya apabila ditanya sama ada dia boleh berbahasa Inggeris atau tidak.
Tambahnya, bagi mengelak timbul masalah komunikasi, dia meminta bantuan rakan sekerja berbangsa Cina bagi memudahkan urusan pelanggan tersebut.
Kerjasama antara rakan sekerja penting dalam menjayakan objektif syarikat. -Gambar hiasan AI
"Dulu ada seorang wanita ni datang pejabat. Lepas tu asyik cakap 'tak tau Melayu'. Bila tanya, English boleh ke? Terus marah-marah.
"Jadi saya panggil la staf Cina yang boleh komunikasi dengan dia. Masa dia tengah bising-bising, staf tu sampai. Tiba-tiba staf tu pula marah dia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Guru risau murid Melayu makin ramai di SJKC, kelahiran bayi Cina pula merosot - "Macam mana cikgu nak ajar?"
ARTIKEL BERKAITAN: Peka, bukan rasis! Peguam kongsi kisah adik ipar rela tak ambil makanan dipesan selepas rider beri info meragukan - “Rasa was-was tak boleh dalam Islam”
Menurut wanita itu, dia terkejut apabila melihat pelanggan terbabit dimarahi rakannya dan dia akhirnya dimaklumkan tentang punca kejadian selepas pelanggan itu beredar.
"Bila wanita tu pergi, staf tu explain. Pelanggan tu maki saya dan semua orang di situ 'tak guna' sebab tak dapat layan dia.
"Tapi plot twist, bila staf tu tegur, dia pula dimaki sebagai 'Cina celup' sebab kerja pejabat 'gomen' (kerajaan). Kena maki baliklah," katanya.
- Seorang wanita kongsi pengalaman berdepan pelanggan rasis di pejabat kerajaan.
- Pelanggan berbangsa Cina itu bengang kerana dia tidak faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, menyukarkan urusannya.
- Wanita itu panggil rakan sekerja Cina untuk memudahkan urusan pelanggan.
- Tapi dia terkejut lihat pelanggan itu pula dimarahi rakan sepejabat gara-gara rasis.
- Kejadian itu dijadikan pengajaran, netizen ingatkan sikap rasis tidak wajar.
Wanita itu menyifatkan kejadian tersebut wajar dijadikan sebagai pengajaran dan masyarakat harus sedar bahawa sikap manusia tidak sepatutnya dikaitkan dengan bangsa.
Sementara itu, netizen juga bersetuju akan hakikat rasis tiada kaitan dengan bangsa, agama atau etnik sebaliknya adalah sikap biadab individu yang tidak wajar dijadikan ikutan.
Bola sepak antara sukan yang menyatupadukan masyarakat. -Gambar hiasan AI
"Jenis yang begitu memang ada persepsi negatif, rasis. Cuma kita tak perlu jadi begitu juga.
"Dulu kerja kontrak kerjaaan, aku jumpa je orang yang jenis ni tapi mujur dia lebih beradab," katanya.


