suria

Guru risau murid Melayu makin ramai di SJKC, kelahiran bayi Cina pula merosot - "Macam mana cikgu nak ajar?"

Makin ramai ibu bapa Melayu menghantar anak mereka ke SJKC. -Gambar hiasan AI

SEORANG guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) meluahkan kebimbangan apabila prasekolah di tempatnya mengajar bakal menerima 25 murid Melayu pada tahun hadapan.

Jelas guru lelaki tersebut, jumlah itu dianggap besar kerana sudah boleh membentuk satu kelas khas tanpa melibatkan murid berbangsa Cina.

Menurutnya, timbul persoalan bagaimana para guru akan mengajar murid-murid yang pastinya akan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya sesama mereka.

Tugas guru dalam mendidik kian mencabar dari hari ke hari. -Gambar hiasan AITugas guru dalam mendidik kian mencabar dari hari ke hari. -Gambar hiasan AI

"Katalah satu kelas 30 orang, macam mana cikgu nak ajar bahasa Cina? Apatah lagi subjek lain yang dalam bahasa Cina seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain? 

"Sebab confirm murid Melayu yang ramai tu tidak akan berkomunikasi dalam bahasa Cina," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru dedah kenapa ramai ibu bapa hantar anak ke SJKC! Tak 'berderet' program, murid-guru kekal fokus... PIBG padu

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu anak berjaya tapi kedekut bagi sumbangan PIBG! Ibu bapa disaran contohi MRSM, SBP, SJKC

Guru tersebut berpandangan, situasi sebegini timbul mungkin berpunca daripada kadar kelahiran masyarakat berbangsa Cina yang semakin menurun.

  • Seorang guru SJKC bimbang prasekolah di tempatnya bakal dipenuhi murid Melayu tahun depan.
  • Jumlah 25 murid Melayu dikatakan cukup untuk membentuk satu kelas khas.
  • Guru risau sukar ajar bahasa Cina dan subjek lain dalam bahasa tersebut.
  • Kadar kelahiran kaum Cina dilapor menurun kepada hanya enam peratus.
  • Netizen dakwa ramai Cina pilih gaya hidup tanpa anak dan berhijrah ke luar negara.

Perkara itu diakui netizen yang mendakwa trend itu semakin ketara apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan hanya sekitar enam peratus bayi Cina dilahirkan tahun ini.

“Saya jangka dalam 10 hingga 15 tahun lagi, semua SJKC akan ditutup dan ditukar jadi sekolah kebangsaan,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen.

Sementara itu, seorang warga maya yang mengakui dirinya berbangsa Cina memaklumkan bahawa ramai dalam kalangan mereka kini memilih gaya hidup tanpa anak dan menunda perkahwinan.

"Sebagai orang Cina, saya pun tak pasti apa punca utamanya. Tapi ramai nak 'childfree'. Ni mungkin antara puncanya seperti kahwin terlalu lambat dan tak nak kahwin langsung.

"Selain ada juga yang hantar anak ke sekolah antarabangsa dan swasta. Malah, kos yang mahal menyebabkan mereka hanya mahukan dua anak sahaja.

"Ada juga orang Cina di Malaysia sudah pindah ke beberapa negara lain seperti Australia, New Zealand, Singapura atau Amerika Syarikat," katanya lagi.

 

Artikel Lain