PELAKON Evan Marvino meluahkan rasa sedih apabila ditinggalkan isteri dan anak-anak selepas namanya dikaitkan dengan kes keganasan rumah tangga.Lebih teruk lagi, Evan, 32, seolah-olah memberi bayangan mahu menamatkan riwayat hidupnya kerana tidak sanggup melalui fasa kehilangan insan tersayang. "Mungkin ini kali terakhir saya muncul jika masih kuat dan bertahan.Evan didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya. "Saya belum bersedia untuk merasai kehilangan ketika ini. Saya berharap dapat menjaga rumah tangga yang dibina dengan senyuman dan air mata ini."Saya berada dalam keadaan otak dan hati bertempur selepas selesai solat dan menangis. Saya harus berdiam dengan sebilah pisau yang saya genggam untuk bertahan daripada dua pilihan... bangkit atau mati," luahnya.Dalam hantaran tersebut, Evan turut memuat naik video dirinya menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya.ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun suami meninggal, Jennifer Coppen kembali bertemu jodoh... Pemain bola kebangsaan jadi pilihan ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘transfer’ RM10,000 ke akaun Anang Hermansyah, wanita ini rayu pulangkan semula wangMalah, dia turut menjelaskan secara panjang lebar bahawa segala dakwaan yang timbul adalah tidak benar.Video tersebut bagaimanapun menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang menganggap Evan sengaja meraih simpati ramai.Ada juga yang kurang bersetuju apabila dia sempat merakam detik tersebut.Evan mengakui sedih hidup tanpa isteri dan anak-anak di sisi. "Sempat letak kamera sebelum menangis."Macam menonton sinetron," komen netizen.Isteri Evan, Uffridatun Nitami, sebelum ini membuat pendedahan mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain tidak menerima nafkah yang sewajarnya selepas mereka mendirikan rumah tangga.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!