suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon jatuh terduduk, baru tahu mendiang bapa tinggalkan hutang RM3.5 juta

Ye Won tertekan mahu bayar hutang mediang bapa.

PELAKON Kang Ye Won berdepan detik sukar dalam hidupnya apabila mengetahui mendiang bapanya meninggalkan hutang sebanyak kira-kira RM3.5 juta (1.1 bilion won).

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia langsung tidak mengetahui mengenai masalah kewangan yang ditanggung bapanya selama ini.

Ye Won berkata, dia hanya mengetahui jumlah hutang berkenaan selepas bapanya meninggal dunia pada 30 April lalu.

Pemergian bapa Ye Won tinggalkan pelbagai berita mengejutkan.

"Saya benar-benar terkejut. Saya tak tahu apa yang sedang berlaku," katanya dalam program realiti My Little Old Boy.

Lebih menyedihkan apabila peguam yang mengendalikan kes tersebut memaklumkan bahawa rumah keluarga yang didiami lebih 30 tahun itu berkemungkinan perlu dijual bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan berkenaan.

Cadangan itu membuatkan Kang Ye Won gagal menahan sebak kerana rumah tersebut menyimpan pelbagai kenangan bersama bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sebab bau badan, ini alasan Jessica Jung tutup hidung ketika diserbu peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘transfer’ RM10,000 ke akaun Anang Hermansyah, wanita ini rayu pulangkan semula wang

"Ia adalah rumah tempat keluarga kami tinggal selama lebih 30 tahun sejak saya masih di bangku sekolah menengah.

"Kami hanya mempunyai rumah itu. Memikirkan ia perlu dijual sangat menyakitkan," luahnya.

Bagaimanapun, dia masih ada harapan apabila peguam berkenaan menjelaskan undang-undang Korea Selatan membenarkan waris memohon prosedur khas yang dapat mengelakkan mereka daripada menanggung keseluruhan hutang menggunakan wang sendiri.

Malah, sebahagian hutang yang dikaitkan dengan syarikat milik bapanya juga berkemungkinan tidak perlu ditanggung oleh keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain