BEKAS supermodel dan pengacara America's Next Top Model (ANTM) Tyra Banks memfailkan saman terhadap Netflix atas dakwaan fitnah berkaitan dokumentari Reality Check: Inside America’s Next Top Model.Menurut Tyra, dokumentari tersebut memberikan gambaran palsu seolah-olah dia mengetahui dan membiarkan seorang peserta menjadi mangsa serangan seksual sebelum mengeksploitasi insiden itu demi meningkatkan rating rancangan.Tyra dakwa dirinya dimanipulasi. Tyra mendakwa temu bual selama tiga setengah jam yang dirakam untuk dokumentari itu telah disunting secara selektif sehingga kenyataannya dipetik di luar konteks.Dalam saman yang difailkan, Tyra menegaskan dia tidak terlibat dalam proses suntingan atau pembentukan jalan cerita ANTM seperti yang digambarkan dalam dokumentari tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat kerumun Jessica Jung, reaksi tahan bau curi tumpuan... Pelbagai ‘aroma’ masuk hidungARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bangun awal pakai mekap, Kim So Hyun warisi petua ibu jaga penampilan depan suamiDia turut mendakwa pihak penerbit telah memanipulasi rakaman bagi membentuk naratif yang mencemarkan reputasinya di mata jutaan penonton di seluruh dunia.Tyra kini menuntut perbicaraan mahkamah bagi menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Netflix.Setakat ini, Netflix masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung saman tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!