BEKAS anggota kumpulan Girls' Generation, Jessica Jung kembali menjadi perhatian netizen selepas penampilannya di Lapangan Terbang Shanghai, China tular di media sosial.Menurut laporan Allkpop, video berkenaan merakamkan saat Jessica baru sahaja turun daripada pesawat sebelum disambut dan dikerumuni peminat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihatnya secara dekat. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila jumlah peminat yang semakin ramai menyebabkan Jessica kelihatan terpaksa berdepan situasi sesak.Jessica memberi reaksi spontan selepas dikerumuni peminatnya di China.Dalam rakaman tersebut, penyanyi berkenaan dilihat terpinga-pinga dan dipercayai menunjukkan reaksi seperti menahan rasa loya akibat keadaan persekitaran yang kurang selesa.Tindakan spontan itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memahami situasi tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung pilih Genting Highlands untuk konsert jelajah 2026, bas eksklusif disediakan untuk peminatARTIKEL BERKAITAN: Jessica Jung, Jay Park Tersenarai Dalam 'Forbers 30 Under 30 Asia 2017'“Memang tindakan refleks macam tu, saya rasa dari skrin pun boleh agak bau apa dia (Jessica) sedang hidu."Lapangan Terbang Shanghai, saya faham sangat bau macam mana tu. "Kasihan dia kena lalui situasi itu, tapi kelakar jugalah," tulis netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!