suria

Jessica Jung, Jay Park Tersenarai Dalam 'Forbers 30 Under 30 Asia 2017'

Jessica Jung antara selebriti yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

PENYANYI Jessica Jung, Jay Park dan Kris Wu tersenarai sebagai 300 individu berpengaruh menerusi Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Seperti dipetik AllKpop, dalam senarai tersebut, Jessica Jung menduduki tangga ke enam selepas atlit Beauden Barret, artis India termahal Alia Bhatt dan Ray Chen.

Jessica turut mengalahkan penyanyi Lorde yang menduduki tangga ketujuh, manakala Eric Nam dan Jay Park berada di tangga ke-11 dan 13.

Sementara itu, Kris Wu yang mencipta nama di negara China turut tersenarai dalam carta berkenaan.

Dua lagi selebriti iaitu pemain bola Korea Selatan Son Heung Min dan jurusolek Pony Park turut berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 2017.

Selain itu, pelakon dan usahawan terkenal Neelofa dan pengasas FashionValet Vivy Yusof turut tersenarai bagi mewakili Malaysia.

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Jessica Jung, Jay Park, Forbes

Artikel Lain