GARA-GARA tidak serik melakukan kesalahan yang sama, pelakon Son Seung Won sekali lagi dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) buat kali kelima.Son Seung Won, 36, diperintah oleh Mahkamah Daerah Barat Seoul untuk menjalani hukuman penjara selama satu tahun dan ditahan serta-merta di mahkamah. Keputusan itu dibuat selepas Seung Won berdepan pertuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya, termasuk kes langgar lari yang menyebabkan kecederaan di bawah Akta Hukuman Berat Jenayah Tertentu.Seung didakwa kerana memandu ketika mabuk. Aktor berkenaan ditahan pada November tahun lalu selepas memandu kenderaannya melawan arus di lebuh raya Gangbyeonbuk-ro ketika berada dalam keadaan mabuk teruk.Lebih mencetuskan kemarahan apabila Seung Won berbohong dengan mendakwa kereta itu dipandu oleh seorang pemandu lain yang melarikan diri selepas mereka bertengkar.Malah, aktor itu turut bertindak licik apabila mengarahkan teman wanita untuk membantunya membuang dashcam daripada keretanya sebagai usaha untuk memusnahkan bukti jenayah tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap ‘transfer’ RM10,000 ke akaun Anang Hermansyah, wanita ini rayu pulangkan semula wangARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya musnah akibat skandal... Pelakon terpaksa jadi pekerja buruh, cuci kereta teruskan hidupUntuk rekod, ia merupakan jenayah memandu mabuk kelima yang dilakukan olehnya. Pada tahun 2018, Seung Won pernah masuk ke penjara selama satu tahun enam bulan selepas melanggar sebuah kereta di Apgujeong-dong sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!