suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun suami meninggal, Jennifer Coppen kembali bertemu jodoh... Pemain bola kebangsaan jadi pilihan 

Jennifer Coppen sah berkahwin pada Jumaat.

PELAKON dan penyanyi Indonesia Jennifer Coppen kini sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak, Justin Hubner dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat.

Majlis perkahwinan yang berkonsepkan adat Jawa itu diadakan secara tertutup di Bali dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu tampil anggun dan segak mengenakan busana pengantin tradisional berwarna putih yang bertemakan elemen Jawa.

Pasangan ini mengenakan tema Jawa bagi perkahwinannya. 

Justin menyerahkan mas kahwin kepada isterinya berupa emas seberat 12.6 gram yang dipilih khas bersempena dengan tarikh pernikahan suci mereka iaitu pada 12 Jun.

Sebelum pernikahan itu berlangsung, Justin mengesahkan bahawa dirinya sudah pun memeluk agama Islam.

Terdahulu, Justin telah melamar Jennifer sebagai suri hatinya pada 24 Disember tahun lalu di hadapan anak perempuan aktres berkenaan iaitu Kamari di Belanda.

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen nafi dakwaan ‘bergilir-gilir’ dengan lelaki ketika muda, bersumpah atas al-Quran pertahan maruah diri

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen umum bertunang dengan pemain bola sepak, cincin lamaran bernilai RM34,000 jadi tumpuan

Untuk rekod, Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan personaliti media sosial Dali Wassink pada 10 Oktober 2023. 

Dali meninggal dunia pada 18 Jun 2024 akibat kemalangan motosikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain