PELAKON Jennifer Coppen tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar yang mengaitkannya dengan dakwaan bergilir-gilir dengan ramai lelaki serta isu kebersihan diri yang disifatkan sebagai fitnah keji dan mencemarkan maruah.Jennifer atau Jennifer Rochelle Coppen mengakui ketika zaman mudanya dia pernah bersikap nakal, gemar berparti serta mengambil minuman beralkohol, namun berubah sepenuhnya selepas mengandungkan anak perempuannya, Kamari. Menurutnya, hubungan cinta pada masa lalu berlangsung dalam tempoh lama dan bukannya seperti naratif tidak berasas yang tersebar di media sosial.Justin kekal tenang dan beri semangat buat Jennifer.Menyentuh dakwaan insiden tamparan di Bali, Jennifer menjelaskan kejadian itu berlaku ketika dia mempertahankan seorang wanita yang diganggu lelaki mabuk.Malah, dia turut bersumpah atas nama al-Quran bahawa Kamari ialah anak kandung kepada arwah suaminya, Dali Wassink sekali gus menepis segala spekulasi yang timbul.Dalam pada itu, bakal suaminya yang juga pemain bola sepak Indonesia, Justin Hubner tampil memberikan sokongan penuh terhadap pelakon berkenaan.Justin menyifatkan kecaman diterima sebagai satu ujian menjelang perkahwinan mereka yang kini semakin serius diperkatakan.ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen umum bertunang dengan pemain bola sepak, cincin lamaran bernilai RM34,000 jadi tumpuan ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Coppen dikejar pemungut hutang gara-gara bekas pengasuh anak Terdahulu, kontroversi tercetus menerusi siaran langsung di TikTok oleh The Connell Twins yang menyindir seorang artis berinisial “J”, menetap di Bali dan sudah memiliki seorang anak.Walaupun tidak dinyatakan nama secara terperinci, ciri-ciri yang disebut membuatkan netizen mengaitkan dengan Jennifer sehingga isu berkenaan tular.Antara tuduhan yang dilemparkan termasuk dakwaan menjalani gaya hidup bebas di Bali, sering bertukar pasangan secara melampau selain menerima hinaan fizikal yang disifatkan keterlaluan dan menjatuhkan maruah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube