suria
mStar - Urban.Versatil

Serang lelaki di bar, hero ‘Transformers’ ditahan polis

Shia ditemui dalam keadaan tidak berbaju.

PELAKON Shia LaBeouf ditahan pihak berkuasa di New Orleans, Amerika Syarikat selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan ketika sambutan festival tahunan di bandar berkenaan.

Memetik laporan People.com, pelakon berusia 40 tahun itu berdepan dua pertuduhan serangan selepas didakwa memukul seorang lelaki beberapa kali dalam kejadian tersebut. 

Difahamkan, insiden tersebut berlaku lewat tengah malam hari Selasa di sebuah bar yang menjadi tumpuan pengunjung sempena perayaan tersebut.

Keadaan Shia semasa ditemui pihak berkuasa. - Foto TMZ

Menurut laporan sama, Shia pada awalnya berjaya ditenangkan dan sempat menerima rawatan perubatan. 

Bagaimanapun, dia didakwa kembali bertindak agresif sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.

Malah, pelakon itu juga dilihat terbaring di atas lantai tanpa berbaju ketika anggota polis sampai untuk mengawal keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering buat masalah, Shia LaBeouf dedah derita gangguan mental sehingga dipulau ibu sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Transformer Mengaku Salah

Setakat ini, punca sebenar pergaduhan masih belum didedahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Shia berdepan masalah undang-undang. 

Pada 2017, dia pernah ditahan atas kesalahan berkaitan mabuk serta berkelakuan luar kawalan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain