PELAKON Indonesia, Ratu Sofya memaklumkan ibunya masih belum merestui hubungannya dengan teman lelaki, Cornelio Sunny selepas lebih setahun menyulam cinta. Kata Sofya, 21, ibunya pernah meminta agar Sunny meninggalkan dia secara terbuka di media sosial semasa di awal perhubungan mereka. “Mama aku cakap, ‘Sudahlah, putuskan! Putuskan hubungan dengan anak saya! Saya tidak mahu tahu. Tolonglah, Sunny putuskan dengan anak saya,’" dedahnya.Peminat teruja menantikan pengakhiran hubungan pasangan ini.Dia berkongsi perkara itu ketika menghadiri satu temu bual eksklusif.Menurut Sofya dia tidak pasti punca sebenar ibunya tidak merestui hubungan mereka, namun tidak menolak perbezaan usia sebanyak 20 tahun menjadi masalah utama. ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham dilihat merokok buat kali pertama... Katanya stres sebab konflik keluargaARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT buat kejutan, berhabis lebih RM3,000 untuk peminat sempena Hari KekasihMenurut Sofya, Sunny tidak mempunyai rekod buruk seperti gosip negatif yang membuatkan mereka patut memutuskan hubungan. Walaupun menerima bantahan keluarga, Sofya berkata dia sabar dan tabah dengan dugaan tersebut sekali gus percaya ibunya akan terbuka hati suatu hati nanti.Untuk rekod, hubungan Sofya dan Sunny menjadi perhatian ramai sekitar Oktober 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube