suria
mStar - Urban.Versatil

Oh Hayoung terpaksa sorok makanan, Park Chorong hanya makan salad kerana diet ekstrem

Hayoung (kiri) dan Chorong dikawal ketat oleh syarikat pengurusan.

SELEBRITI Korea Selatan, Park Chorong dan Oh Hayoung mengakui pernah mengamalkan diet ekstrem ketika di awal kemunculan mereka dalam dunia seni demi mengekalkan berat badan.

Menurut Hayoung, tekanan bukan hanya tertumpu kepada aspek pemakanan, malah rutin harian mereka juga dikawal ketat oleh syarikat pengurusan.

"Saya terpaksa menyorokkan snek dalam topi anak patung. Ketika itu saya masih di bangku sekolah dan ia sangat menyedihkan," katanya dalam satu temu bual.

Chorong dan Hayoung perlu mengikut arahan pihak pengurusan. 

Sementara itu, Chorong pula memberitahu, mereka tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit dan hanya berpeluang untuk menghubungi keluarga melalui pengurus.

Malah Chorong turut mendakwa pihak pengurusan hanya membenarkannya makan sayur-sayuran tanpa ditambah sebarang perisa.

"Saya hanya makan salad tanpa perisa dan turut minum lemon sebagai detoks. Saya perah banyak lemon dan minum.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota NCT buat kejutan, berhabis lebih RM3,000 untuk peminat sempena Hari Kekasih 

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun putus cinta, Kim Yu Ji umum kahwin Mei depan

"Terlalu banyak larangan. Kami tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit selama lebih setahun. Kami hanya menghubungi keluarga menggunakan telefon pengurus," ceritanya.

Walau bagaimanapun dua anggota kumpulan Apink itu melihat ia sebagai satu pengalaman yang cukup berharga dan sedar segala kawalan tersebut adalah penting memandangkan mereka masih di bawah umur ketika itu.

"Kami dijaga dengan sangat tegas. Memandangkan ada ahli yang masih di bawah umur, maka perlu ada pengawasan ketat. 

"Apabila dikenang kembali, sebahagiannya memang masuk akal kerana kami tidak tinggal bersama penjaga," jelas Chorong.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain