suria
mStar - Urban.Versatil

Cardi B cadang buang implan punggung

Cardi B merancang untuk membuang implan punggungnya.

PENYANYI rap, Cardi B merancang untuk membuang sebahagian implan di bahagian punggungnya selepas tamat jelajah konsert Little Miss Drama Tour.

Cardi, 33, berkongsi perkara itu ketika berbual bersama penyanyi Kehlani di belakang pentas selepas mereka tampil membuat persembahan lagu kolaborasi berjudul Safe di Los Angeles, baru-baru ini.

Dalam video tular tersebut, Kehlani berseloroh memuji bentuk badan Cardi sebelum penyanyi itu secara spontan mendedahkan perancangannya itu. 

Cardi bakal membuangnya selepas tamat jelajah konsertnya. 

“Selepas jelajah ini, saya akan keluarkan sebahagiannya (implan punggung). Saya nak berehat tiga bulan, pergi ke Colombia dan tak mahu diganggu sesiapa,” katanya.

Jelajah berkenaan adalah sempena album kedua Cardi berjudul I Am the Drama dan akan berlangsung sehingga pertengahan April depan.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama ibu kepada empat cahaya mata itu bercakap secara terbuka mengenai prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh kerusi semasa persembahan, netizen salahkan ‘aset’ Cardi B terlalu berat

ARTIKEL BERKAITAN: Cardi B berhijab di Arab Saudi, pakaian sopan curi tumpuan

Pada usianya 21 tahun, Cardi pernah menerima suntikan biopolimer yang tidak diluluskan pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sebelum menjalani beberapa prosedur membuang bahan berkenaan pada 2022.

Malah pada Januari 2024, Cardi sekali lagi menjalani rawatan bagi membuang suntikan tambahan demi menjaga kesihatan diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain