BERBEZA dengan sebahagian rakan artis yang memperlahankan kerjaya seni sepanjang Ramadan, penyanyi Dewi Perssik memilih untuk terus aktif menerima tawaran nyanyian. Bagi Perssik yang mesra disapa Depe, ibadah puasa bukan alasan untuk berehat panjang atau membataskan aktiviti seni. Malah dia juga percaya setiap tawaran kerja adalah peluang untuk dia meraih pendapatan supaya dapat berkongsi rezeki kepada lebih ramai golongan memerlukan. Depe berharap setiap rezeki yang diperoleh dapat dikongsi dengan lebih ramai golongan memerlukan. "Saya tak rehat, tetap bekerja. Kalau tidak kerja dari mana datang duit?"Kalau tiada duit, tak dapat saya nak berkongsi rezeki. Jadi kena bekerja," katanya. Depe yang terkenal dengan aksi goyang dangdut bagaimanapun cukup peka untuk menghormati bulan Ramadan. ARTIKEL BERKAITAN: Beza 20 tahun, hubungan cinta pasangan selebriti masih utuh walau tidak direstui ibu ARTIKEL BERKAITAN: Suami pelawak menangis saat tabur bunga di kubur isteri, rutin Ramadan tak dapat dilakukan lagiBahkan dia juga tidak menolak untuk menerima undangan program berbentuk keagamaan. "Buat rakan-rakan yang mahu mengundang acara agama boleh panggil Dewi Perssik Ramadan. "Saya bukan sekadar goyang sahaja, takut nanti orang fikir saya berhenti menyanyi sepanjang Ramadan. "Boleh juga nasyid. Siapa tahu boleh sesuaikan mengikut acara dan tempat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube